BAITUL EHSAN TERIMA LAWATAN MUIP
BAITUL EHSAN TERIMA LAWATAN MUIP

Sabak Bernam, 07 Jun – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Majlis Ugama Islam Pahang Dan Adat Resam Melayu (MUIP).
Â
Delegasi lawatan seramai 15 orang pegawai diketuai oleh Encik Mohd Redza Bin Mohd Ayob, Ketua Unit Pengurusan Penempatan Asnaf bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan pelaksanaan bagi perlindungan kepada wanita hamil luar nikah dan permasalahan sosial di Rumah Pemulihan Majlis (RPM) MAIS.
Â
Pihak MAIS diketuai oleh Dr. Hjh Norraini Binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dan sesi taklimat berkaitan Baitul Ehsan telah disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
Â
Delegasi lawatan turut melawat sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.
Â
Turut hadir Ybhg. Datuk Dr Rusdi Bin Abdul Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang serta pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Â
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...