AGIHAN FIDYAH MAIS RM65,640.00 DIAGIH KEPADA 547 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS RM65,640.00 DIAGIH KEPADA 547 PENERIMA YANG LAYAK
24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM65,640.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Terdapat 25 tempat agihan iaitu di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dengan jumlah 547 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM65,640.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya SK Puncak Alam 2, SRA Bukit Belimbing, Maahad Tahfiz Ar-Ryqaiyyah, SK Parit 4 Sekinchan, Masjid As-Saidiah Pekan Pasir, Masjid Baitulrahman Parit 11 Ban 2, Masjid Sultan Muhammad Shah Parit 10, Masjid Panchang Bedena, Masjid Badli Shah Parit 6, Masjid Mujahiddin Pekan Bagan Terap, Masjid Tebuk Mufrad Air Tawar dan lain-lain lokasi.
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...