KENAPA BAHAYA BULI?
KENAPA BAHAYA BULI?
PENDAHULUAN
Banyak isu moral dan persoalan akhlak melibatkan setiap lapisan masyarakat Islam yang berlaku di negara ini.
Antara isu-isu moral dan persoalan akhlak yang bertentangan dengan Islam dan norma masyarakat termasuklah isu buli.
Isu buli ini berkait rapat dengan faktor keagamaan. Ini kerana tahap keimanan yang tinggi dapat membezakan perbuatan baik dan buruk serta mampu memelihara diri daripada terlibat dengan isu tersebut.
Berikut adalah noktah penting bahawa buli sangat membahayakan dan perlu diperhatikan dalam kalangan masyarakat Islam.
HENDONISME
Perama, buli merupakan salah satu budaya Hedonisme. Hedonisme adalah teori etika Barat yang meletakkan keseronokan merupakan matlamat utama walaupun melanggar prinsip moral atau akhlak.
Hedonisme mengutamakan keseronokan yang berasaskan kepada penentuan akal fikiran semata-mata.
Budaya ini menepati kehendak Sekularisme yang ingin membebaskan manusia daripada unsur ketuhanan dan keagamaan.
Faktor penularan budaya Hedonisme berpunca daripada serangan pemikiran, globalisasi, media massa dan hiburan. Budaya Hedonisme yang merupakan cara hidup masyarakat Barat telah dipraktiskan dalam kehidupan harian masyarakat kita pada masa kini.
INDIVIDUALISME
Kedua, buli mengandungi sikap tidak peduli dan tidak malu membuat kesalahan.
Hal ini disebabkan budaya Individualisme yang memiliki kedudukan istimewa dan mempunyai tahap berkepentingan yang tinggi dalam urusan perorangan.
Individualisme juga bersangkutan dengan meyakini tentang suatu kebenaran yang relatif. Nilai kebaikan dan keburukan adalah berdasarkan rasa peribadi.
Dengan demikian maka persoalan etika menjadi urusan yang subjektif dan relatif.
Oleh itu, budaya ini melepaskan keterikatan dalam nilai kehidupan bermasyarakat dan sesama komuniti menurut perspektif al-Quran dan Sunah.
SIKAP MEMBERONTAK
Ketiga, buli menunjukkan sikap memberontak yang tinggi. Sikap yang memberontak melahirkan perilaku yang dipengaruhi oleh faktor sekeliling.
Kemunculan sikap tersebut menzahirkan segala yang tersimpan di dalam hati dengan menggunakan saluran bahasa dan penulisan.
Perasaan memberontak, tidak puas hati dan dendam merupakan implikasi daripada dendaan yang dikenakan terhadap seseorang seperti merotan, berdiri atas kerusi dan lain-lain lagi.
Sikap ini juga membentuk perilaku yang tidak dapat mengawal diri dalam menghadapi pelbagai perkara yang tidak menyenangkan.
Dalam pada itu, sikap ini menyebabkan kemampuan individu tidak dapat memodifikasi perilaku, mengelola informasi dan memilih suatu tindakan yang diyakininya.
SIKAP MENINGGI DIRI
Oleh yang demikian, Islam melarang buli kerana mempunyai unsur Hedonisme, Individualisme, sikap memberontak, sikap meninggi diri dan sikap suka menunjukkan-nunjuk kuasa.
Semua budaya dan sikap yang disebutkan ini sangat bahaya kerana menghakis nilai moral atau akhlak dalam kalangan masyarakat Islam. Semua budaya dan sikap yang disebutkan ini juga mengakibatkan muncul pelbagai masalah dan gejala moral yang kadang kala di luar dugaan yang rasional.
Sedangkan, Islam menerapkan nilai akhlak yang berkesan dengan menguatkan kepercayaan kepada Allah SWT.
Kekuatan atau kelemahan iman seseorang dapat diukur daripada perilaku dan akhlak. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, manakala iman yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji.
Agama merupakan asas dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama, akhlak itu tidak akan mantap dan kekal, malah hanya bersifat sementara.
Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. atau...
Kemajuan teknologi telah merubah cara manusia berkomunikasi. Jika dahulu, interaksi...
Sumber imej: https://medium.com/ Usaha-usaha mengembangkan ajaran Islam pada hari ini...
Sumber imej: https://www.ppsignature.com/ Perkahwinan adalah satu ikatan melalui akad nikah...
Sumber imej: Faiz Zaki/Shutterstock Kemerdekaan merupakan salah satu nikmat Allah...