ANCAMAN AKIDAH UMAT ISLAM DAKWAH DAN SOLUSINYA
ANCAMAN AKIDAH UMAT ISLAM DAKWAH DAN SOLUSINYA
Perkembangan dunia hari ini mengikut kemajuan sains dan teknologi tidak dapat dinafikan lagi. Selari dengan itu juga perkembangan pemikiran moden hasil dari ledakan maklumat yang begitu pantas melalui capaian internet, aplikasi media sosial facebook, intagram, whatsapp, telegram dan sebagainya.
Kemunculan aliran pemikiran modenisasi, progresif atau liberal yang berasal dari dunia barat mengakibatkan penentangan terhadap agama dan budaya seterusnya memberi ancaman kepada umat Islam.
Kekeliruan dalam pengetahuan agama yang berlaku terutamanya dalam perkara yang melibatkan akidah Islam amat membimbangkan.
Kemunculan pelbagai fahaman agama yang menyeleweng termasuk ajaran sesat, serta penyebaran fahaman dalam media sosial adalah menjadi ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia.
Kepentingan Akidah
Akidah bererti ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau ‘keimanan’ yang mantap dan tidak mudah dipengaruhi oleh mana-manapun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.
Akidah Islam menjelaskan konsep rukun iman iaitu beriman kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab-kitab-Nya, Nabi dan Rasul, Hari Kiamat serta Qada’ dan Qadar.
Akidah memainkan peranan yang sangat penting bagi mencapai kesejahteraan di dalam kehidupan. Antara peranannya ialah:
- Menjadi pegangan hidup setiap individu.
- Membentuk individu dengan akhlak dan peribadi yang mulia.
- Menjadi benteng pelindung dari melakukan perbuatan yang tidak diredai oleh Allah SWT.
- Menghindarkan diri dari pengaruh ajaran sesat.
- Mendapat rahmat, perlindungan dan kasih sayang dari Allah SWT.
Misi nabi Muhammad SAW selama 13 tahun di Makkah adalah untuk menanamkan akidah yang kukuh di kalangan para sahabat. Akidah ini diumpamakan seperti sebuah pohon yang kukuh tegak berdiri, sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Ibrahim ayat 24 dan 25 yang bermaksud:
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.”
“Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”
Hasil dari tarbiah ini sahabat-sahabat Nabi S.A.W mengamalkan seluruhnya perintah-perintah Allah S.W.T dan mereka mampu menjaga negara Islam Madinah kerana akidah mereka sudah kuat.
Senario Ancaman
Pada masakini akidah umat Islam telah diancam dengan pelbagai fahaman dan ajaran daripada individu atau kumpulan tertentu.
Secara umumnya terdapat dua bentuk penyebaran sesuatu fahaman atau ideologi iaitu melalui media massa atau elektronik dan pengajaran melalui guru atau penyampai yang dibuat secara langsung.
Jika dilihat senario yang berlaku pada hari ini, ilmu pengetahuan begitu mudah diperolehi melalui internet.
Kita boleh mengakses apa sahaja bahan ilmiah yang diperlukan namun perlu diingat dakyah atau doktrin yang menyimpang dan mengancam akidah sengaja dibuat oleh individu atau golongan tertentu bagi tujuan mendapatkan sokongan, kepercayaan dan pengikut dalam kalangan masyarakat khususnya yang beragama Islam.
Penyebaran ideologi melalui media sosial di Malaysia dalam bentuk fahaman seperti liberalisme, Daesh, Indie dan juga dalam bentuk ajaran seperti Syiah, Kristian dan ajaran sesat Ilmu Makrifat, ajaran Aurad Muhammadiah Al-arqam, dan lain-lain.
Fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran ini mampu menyebabkan kekeliruan dan menimbulkan tekanan kepada orang awam kerana kesemuanya mendakwa bahawa ajaran mereka sahaja yang benar dan tulen serta relevan pada masakini.
Sekiranya pegangan akidah tidak kuat dan kukuh, maka akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan ideologi sesat mereka. Antara fahaman yang menjadi ancaman kepada akidah umat Islam adalah seperti berikut:
a) Fahaman Liberalisme dan Pluralisme
Liberalisme adalah antara fahaman yang menyeru kepada kebebasan, ingin bebas dan terbuka serta tidak terkongkong kepada satu aliran pemikiran, (Kamus Dewan, 2017).
Manakala fahaman Pluralisme menganggap semua agama adalah sama benar, atau satu agama boleh benar untuk sesetengah agama yang lain.
Kedua-dua fahaman ini tercetus dari negara barat dan mempengaruhi pemikiran masyarakat dan telah menular dalam setiap cabang kehidupan seperti politik, ekonomi dan budaya.
Apa yang membimbangkan adalah apabila kedua-dua fahaman liberalisme ini menyelinap masuk dalam diri seseorang yang boleh menjejaskan pegangan agama Islam.
Menurut kajian Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2018 di Institusi Islam Selangor, hampir 35% fahaman liberal telah mempengaruhi pemikiran kakitangan awam kerajaan.
Antara gerakan-gerakan aktif yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme di Malaysia adalah Sisters in Islam dan kumpulan G25. Pertubuhan ini sangat aktif dengan hantaran-hantaran berkaitan isu hak asasi wanita Islam di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Selain itu, mereka juga terkenal dalam memberikan sokongan yang kuat kepada golongan Lesbian, gay, bisexual, transgender, queer dan intersex (LGBTQi). Pada 17 Julai 2014, SIS telah difatwakan sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.
b) Ajaran Sesat
Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. atau...
Kemajuan teknologi telah merubah cara manusia berkomunikasi. Jika dahulu, interaksi...
Sumber imej: https://medium.com/ Usaha-usaha mengembangkan ajaran Islam pada hari ini...
Sumber imej: https://www.ppsignature.com/ Perkahwinan adalah satu ikatan melalui akad nikah...
Sumber imej: Faiz Zaki/Shutterstock Kemerdekaan merupakan salah satu nikmat Allah...