Celik Jawi

Siri Belajar Jawi ke 30

Jom Berbahasa Arab Mudah

Assalamua’laikum semua pembaca setia Edisi MAIS. Apa khabar anda semua? Kai fahalukum jami’an? 

Jika baik, jawablah: Saya baik, alhamdulillah. Bahasa Arabnya, ana bi khair, walhamdulillah. 

Kami di Edisi mendoakan, semoga antum ( ertinya kamu semua) sihat dan ceria. Pada kali ini kita akan memperkenalkan kalimah ‘May I help you?’ atau ‘Bolehkah saya bantu awak?’. Dalam bahasa Arab
ialah:
Hal yum kinuni an usaa i’duka? ( )

Jika kita nampak seorang datuk yang sudah tua (jaddun dalam bahasa Arab bermaksud datuk) menaiki tangga dan membawa barang, maka kita boleh gunakannya. Contoh penggunaan kalimah ini dalam ayat
lengkap ialah:
Assalamua’laikum wahai datuk/
Assalamua’laikum ya jaddun /


.
Maafkan saya /
Lau samahta /
Bolehkah saya membantu datuk? /
Hal yumkinuni an usaa i’duka /

Jika datuk itu menjawab:
Ya, terima kasih /
Na’am, syukran /
Ertinya: Ya, terima kasih. Maka bantulah.

Jika datuk itu menjawab:
Tidak, tidak mengapa /
La. La baksa /
Ertinya: Tidak, tidak mengapa, maka itu tandanya dia enggan menerima bantuan kita.

Tambahan: Berikut adalah antara kalimah yang elok kita hafal dan gunakan sehari-hari.

 

AEDAH PENULISAN JAWI PADA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB.
(KATA UNGKAPAN ASING)

Setelah kita membicarakan kata serapan Bahasa Inggeris, minggu ini kita bicara pula tentang cara pengejaan kata pinjaman Bahasa Arab. Sebagaimana yang kita maklumi, tulisan jawi di ambil dari tulisan Arab iaitu ketika Islam datang ke Tanah Melayu. Justeru, cara pengejaan kata pinjaman Bahasa Arab ada dua versi ejaan iaitu istilah keislaman dan istilah umum. Istilah keislaman ialah istilah-istilah Islam yang digunakan dalam hukumhakam, ibadah, jual beli, perbankan Islam, akidah, syariah dan pelbagai lagi. Istilah ini dikekalkan ejaannya mengikut
ejaan asal Bahasa sumbernya iaitu ejaan Arab.

Ciri-ciri ejaan istilah keislaman yang dikekalkan ejaannya ialah :

i. Istilah yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, atau istilah yang tidak dapat diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Istilah
itu seperti:

ii. Perkataan atau istilah yang diakhiri dengan ‘alif maqsurah

iii. Perkataan yang bermula dengan alif lam takrif sama ada alif lam Syamsiah atau alif lam Qamariah dikekalkan ejaan arabnya. Tanda sempang yang ditulis dalam Bahasa Melayu tidak perlu ditulis dalam tulisan jawi. Fungsi tanda sempang ialah merangkaikan huruf kecil dan huruf besar dalam penulisan rumi, sedangkan penulisan jawi tiada huruf kecil dan huruf besar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button