NGOi

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor

Seperti sedia maklum, dadah merupakan musuh utama negara. Dadah juga boleh menyebabkan seseorang itu terjurumus kelembah kehinaan. Namun dalam keadaan seperti ini, pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap yang kurang baik itu pasti ada kebaikannya di hujung sana nanti.

Selaras dengan fungsi MAIS dalam berperanan menangani isu masalah sosial ini, MAIS telah menjalankan tanggungjawabnya melalui peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK). Sebagai contohnya, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor (PEMADAM) yang telah berperanan membantu mendidik masyarakat di Negeri Selangor mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah.

Antara peranan PEMADAM ialah:

  1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
  2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan mengajurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
  3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling
  4. Bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarelawan dalam usaha mencegah peggunaan dadah
  5. Pengurusan PEMADAM di semua peringkat semestinya sentiasa berasaskan perhitungan yang bersungguh-sungguh, kreatif, komited dan berlandaskan ciri-ciri cennderung berbakti kepada masyarakat, bangsa dan Negara.

Selain daripada itu, terdapat 6 teras yang menjadi paksi kepada PEMADAM dalam melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program di peringkat negeri dan daerah. Program tersebut termasuklah

  1. PROGRAM DAMAI : MASYARAKAT BEBAS DADAH
  2. TABAH : MEMPERKASAKAN KELUARGA BEBAS DADAH
  3. PROGRAM IMAN : PELAJAR BEBAS DADAH
  4. PROGRAM CEKAL : IPT BEBAS DADAH
  5. PROGRAM CEKAP : PEKERJA BEBAS DADAH
  6. PROGRAM TEKAD : TUNDUKKAN SECARA EFEKTIF KUASA ANCAMAN DADAH

Sebagai kesimpulannya, menjadi tanggungjawab bersama semua masyarakat untuk melaksanakan pencegahan terhadap penyalahgunaan dadah ini. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada antara kamu satu kumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. Wallahuallam. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button