Man Jadda Wa Jada

Saya menyesal sungguh…

KEPADA semua remaja khususnya wanita, berpada-pada jika bercinta dan jangan sesekali terjebak dengan zina.


“Ingatlah ibu-bapa yang bersusah payah membesarkan kita, mendidik kita, janganlah menghampakan mereka,”  kata wanita mahu dikenali sebagai Nadiah (bukan nama sebenar).

Wanita berusia 33 tahun itu mengakui tersilap langkap apabila didapati berkhalwat dengan pasangan bukan mahram pada tahun lalu.

Mengimbas semula kejadian, Nadiah berkata, beliau bersama kawan lelakinya menaiki motosikal untuk menghantar makanan sejuk beku kepada pelanggan-pelanggan sekitar Terengganu. “Ketika itu, pesanan makanan sejuk beku sangat banyak, dan saya bersama kawan lelaki cuba menghabiskan penghantaran
makanan sehingga lewat malam.

“Masa itu, kami sangat letih, ditambah lagi hujan lebat menyebabkan kami terkandas di bahu jalan. Saya dan kawan lelaki mengambil keputusan untuk berehat di hotel murah memandangkan hujan masih belum berhenti.
“Walau bagaimanapun saya bersama kawan lelaki telah ditahan oleh penguat kuasa agama di dalam bilik hotel, sedangkan kami tidak buat apa-apa melainkan berehat di atas katil setelah penat membuat penghantaran makanan,”kata Nadiah.

Nadiah yang sebelum ini telah bercerai dengan bekas suaminya, mempunyai perniagaan makanan sejuk beku yang memerlukan beliau membuat penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggannya.

“Saya menyesal sungguh kerana berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram tanpa ikatan perkahwinan sah.

Saya ingin berubah dan hijrah ke arah lebih baik,”katanya.

BAITUL EHSAN UBAH SISI GELAP
Nadiah bersyukur apabila beliau kini membina kehidupan baharu di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan kelolaanMajlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Saya telah disabitkan kesalahan berkhalwat dan telah dihantar ke sini untuk menjalani pemulihan selama lima bulan atas perintah mahkamah,”katanya.

Menurut Nadiah, Baitul Ehsan banyak mengubah kehidupan kelamnya kepada yang lebih baik dan mula sedar bahawa hidayah itu milik Allah SWT yang dikurniakanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

“Di sini saya belajar solat, mengaji, betulkan bacaan dalam solat dan ceramah agama daripada tenaga pengajar. Ustaz-ustaz di sini juga banyak bercerita tentang kisah-kisah Nabi yang membuatkan saya insaf dan takut untuk terus berbuat dosa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button