JOM ZIARAH GEREJA’: DI MANA SILAPNYA?
Tular isu, ‘Jom Ziarah Gereja’.
Puncanya, sebuah organisasi telah mengajak anak-anak muda pelbagai bangsa dan agama di negara ini, untuk mengunjungi gereja. Tujuannya, kata mereka agar dapat memupuk persefahaman beragama. Ya, pastilah natijahnya adalah untuk melahirkan rakyat yang lebih bertoleransi dalam kepelbagaian agama di Malaysia.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan banyak pihak telah memberikan maklumbalas berkaitan program ini. Banyak pertikaian berlanjutan dari idea ini. Argumentasi di bentang dan logiknya, program ini memang salah. Ia terang-terang melanggar undang-undang kerana mempromosikan agama lain kepada orang Islam adalah salah.
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf dengan tegas menyatakan: “Di Selangor, apa-apa program yang dibuat bagi tujuan memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988”
Nah, mari kita lihat apa yang tidak kena dengan program ini:
DAKYAH TANPA SEDAR
CACATKAN AKIDAH UMMAH
RUANG PERDEBATAN
MEROSAK KEAMANAN
Kesimpulannya, inisiatif ini pada zahirnya nampak baik; namun hakikatnya, ia lebih mengundang perbalahan dan polemik. Jalan keluarnya mudah, elakkan program yang memang jelas mengundang kontroversi. Jika KBS mahu juga mengadakannya, ayuh datanglah berjumpa dengan MAIS atau pihak berkuasa agama Islam negeri, lalu berbincanglah dari hati ke hati.
Lawatan ke rumah ibadah memang ada dianjurkan oleh NGO Islam di Selangor, namun ia penuh dengan adab dan ilmu. Ia dikawal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Para peserta diberikan dahulu kefahaman yang jelas tentang perbezaan antara agama. Apakah adabnya kala berinteraksi dengan non Muslim? Apakah tatacaranya kala berkunjung ke rumah ibadat mereka, apa yang boleh ditanya dan apa yang tak boleh ditanya? Dalam Islam, fiqh bergaul dengan non Muslim memang ada dan ia menjadi panduan dalam isu seperti ini.
Pendeknya, jika pesertanya adalah orang yang baik ilmu agamanya, mantap akidahnya, memelihara auratnya, memastikan solat lima waktu terjaga sempurna, menunaikan zakat dengan patuh, memelihara puasa dengan baik, sentiasa meletakkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai nombor satu dalam kehidupannya, melazimi majlis ilmu untuk memantapkan dirinya, maka baharulah lawatan itu ada maknanya.
Namun jika pesertanya, maaf cakap, Sifat 20 pun tidak hafal, tidak tahu makna dua kalimah syahadah yang diucapkan, solat lima waktunya pun bolong di sana sini, auratnya pun terdedah saujana mata memandang, akhlaknya dengan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW pun berantakan, maka apakah yang kita boleh harapkan hasil dari lawatan seperti ini.
Wallahua’lam. Edisi