Celik Jawi

Siri Belajar Jawi ke 28

Jom Berbahasa Arab Mudah

Mulai keluaran ini, EDISI akan memuatkan segmen Bahasa Arab mudah untuk orang awam. Selamat membaca!

 Pernah kita mendengar orang mengucapkan kalimah ‘ahlan wa sahlan’ sebelum ini?

Ya, kalimah   ataupun dalam tulisan rumi ‘ahlan wa sahlan’ bermaksud Selamat Datang.

Kita boleh menggunakan kalimah ini apabila bertemu dengan orang yang baharu kali pertama bersua dengan kita. Kita juga boleh menggunakannya apabila meraikan tetamu yang datang ke tempat kita, tidak kiralah orang dekat ataupun jauh. Ia perlulah diucapkan dengan nada yang gembira kerana dapat bertemu dengan orang berkenaan.

Ada juga orang yang akan merangkaikan perkataan ‘ahlan wa sahlan’ dengan kalimah        atau dalam tulisan rumi ‘marhaban bikum’ yang membawa makna ‘hello’ atau ‘selamat datang’ juga.

 

Maka, jika kita mahu merangkaikan kedua-duanya adalah dibolehkan.

Jadilah ia     atau dalam tulisan rumi ‘ahlan wa sahlan wa marhaban bikum’ yang bermaksud ‘Hello dan Selamat Datang’ dengan penuh rasa takzim kepada orang berkenaan.

Baiklah. Kita sudah boleh menggunakan kalimah ini dalam pergaulan kita sehari-hari. Semoga kita lebih bersemangat memahami Bahasa Arab, bahasa al-Quran dan juga bahasa syurga.

Contoh: ‘Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum’ wahai saudaraku Azlane Karimov ke Malaysia. Bagaimana dengan Ukraine negaramu? Semoga aman damai hendaknya.

Tambahan: Berikut adalah antara kalimah yang elok kita hafal dan gunakan sehari-hari

 

KAEDAH PENULISAN JAWI PADA KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS.
(NAMA-NAMA KHAS BAHASA INGGERIS)

Penggunaan istilah Bahasa Inggeris amat sinonim di negara kita.Terdapat perkataan Bahasa Inggeris yang diserap masuk sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu sehingga kita beranggapan perkataan itu asalnya Bahasa melayu seperti perkataan rak, basikal dan bas. Namun, ada perkataan Bahasa Inggeris yang dikekalkan sebutan dan ejaan menurut bahasa sumbernya seperti nama orang, nama tempat dan nama khas yang lain.

Kaedah ejaan nama Khas Bahasa Inggeris, hendaklah dieja mengikut bunyi sebutan Bahasa Inggeris British. Ketepatan bunyi sebutan itu perlu dirujuk dalam Oxford Dictionary of English edisi terkini, Oxford Advanced Leaner’s Dictionary dan Collins English Dictionary Complete and Unabridged. Nama-nama rujukan buku ini ada dinyatakan dalam buku “Pedoman Umum Ejaan Jawi”, cetakan tahun 2020.

Kesimpulannya, cara penulisan Nama Khas dalam Bahasa Inggeris hendaklah dieja mengikut bunyi sebutan Bahasa Inggeris British. Justeru, kita harus merujuk bunyi sebutan tersebut dalam rujukan kamus yang dinyatakan di atas. Ini amat penting, kerana silap sebutan silaplah penulisannya dalam jawi. Edisi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button