1/2023Fokus

PENJAGAAN KESIHATAN BUAH PINGGANG

Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah untuk kemaslahatan manusia. Ajarannya merangkumi semua aspek kehidupan termasuk ibadah, akidah, akhlak, muamalat, kemanusiaan, ekonomi, kesihatan dan banyak lagi. Dalam erti kata lain, Islam memandu jiwa manusia dan juga memandu amalan serta tindakannya demi kemaslahatan sejagat. Maka, Islam juga memerintahkan manusia supaya berusaha dengan sebaiknya dalam mengelakkan diri dari kerosakan dan bahaya. Kekerdilan manusia tidak mungkin membolehkan mengatasi segala ujian dengan sekadar usaha semata, maka di situ ia juga disuruh bertawakal dan berdoa. Sebagai manusia, kita akan diuji dengan bermacammacam jenis ujian. Di antara ujian yang ingin ditekankan dalam artikel kali ini adalah berbentuk ujian kesihatan dan lebih tepat lagi berkaitan kegagalan buah pinggang.

Oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

Ketua Pusat Penyelidikan, MAIS

Sebagai manusia, kita diwajibkan untuk menjaga tubuh badan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Tubuh badan yang sihat dapat memastikan kita dapat hidup, bekerja dan beribadah dengan sempurna dan tenang di dunia ini. Justeru, penjagaan kesihatan adalah sangat penting bagi manusia. Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan diri adalah tuntutan Islam.

Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 195, “Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”.

Buah pinggang sememangnya memainkan peranan yang penting sebagai penapis sisa metabolisme, mengawal cecair dan sel darah merah serta mengawal tekanan darah bagi manusia. Bagaimanapun, apabila seseorang gagal menjaga buah pinggang dengan baik, risiko lain akan berlaku seperti mengalami penyumbatan buah pinggang yang menyebabkan fungsi buah pinggang boleh merosot dan rosak. Umum mengetahui bahawa buah pinggang antara organ penting di dalam badan. Oleh itu, anda disarankan sentiasa mengikuti tip penjagaan buah pinggang dengan mengamalkan rutin harian yang baik untuk mengelakkan risiko penyakit. Terdapat beberapa tabiat baik untuk menjaga buah pinggang yang boleh dilakukan setiap hari, termasuklah:

1. MINUM AIR SECUKUPNYA
2. MENGHADKAN PENGAMBILAN GARAM
3. PEMERIKSAAN FUNGSI BUAH PINGGANG SECARA BERKALA
4. KERAP BERSUKAN
5. MENGURANGKAN PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT
6. ELAK MEROKOK DAN MINUM ALKOHOL
7. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
8. MENGAWAL PENGAMBILAN GULA
9. MENGAWAL TEKANAN DARAH

Sebagai rasa tanggungjawab, MAIS, melalui anak syarikatnya iaitu Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah diamanahkan untuk menyediakan perkhidmatan hemodialisis kepada pesakitpesakit yang memerlukan dengan harga yang berpatutan. YIDE mula mengorak langkah dengan mengurus selia enam (6) buah Pusat Dialisis MAIS. Asas penubuhan Pusat Dialisis MAIS adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang terbaik di samping menerapkan unsur keislaman kepada semua pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Akhirnya, sebagai manusia yang menyedari kelemahan diri, jangan sekali-kali berputus asa mencari penawar bagi setiap penyakit. Keyakinan tinggi perlu diletakkan kepada Allah SWT dalam mendapatkan kesembuhan di samping menggunakan wasilah ubatan yang dibenarkan mengikut syarak.

Walluhua’lam. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button