1/2023
MAIS Lancar Kalkulator Fidyah Puasa, Mudahkan Masyarakat Islam Membuat Pengiraan Bayaran Fidyah
Sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023
FEBRUARI 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat pelaksanaan platform baru dengan melancarkan Kalkulator Fidyah Puasa bagi memudahkan masyarakat Islam membuat pengiraan bayaran ganti puasa.
Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Hi-Tea Bersama Rakan Media dan Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023. Edisi