Kemusykilan Umat

Kemampuan Haji Yang Berubah

Ibadah haji adalah satu kewajipan yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang berkemampuan. Ini kerana ia merupakan rukun Islam yang kelima, yang perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Antara dalil kewajipan haji adalah pada firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 97:

Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Daripada ayat di atas, dapat kita lihat bahawa kewajipan melaksanakan ibadah haji adalah bagi mereka yang berkemampuan dirujuk dari kata Istito’ah dalam ayat ini. Kemampuan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek. Iaitu, yang pertama dari segi kesihatan.

Kedua, kewangan. Ketiga, keselamatan. Dan yang terakhir adalah kenderaan untuk perjalanan pergi dan balik.
Hukum asal bagi ibadah haji adalah wajib, tetapi ianya boleh berubah mengikut situasi-situasi tertentu, antaranya ialah:

ITUASI 1: Individu yang berkemampuan, hendak melakukan haji ketika wabak COVID-19 melanda.

Dalam situasi ini, hukum haji pada tahun itu adalah tidak wajib berdasarkan kaedah fiqh, yang bermaksud kemudaratan itu hendaklah dihindari semampu mungkin.

SITUASI 2: Individu yang berkemampuan, hendak melakukan haji tetapi ditipu oleh Syarikat agensi.

Dalam keadaan ini, jelas dapat dilihat bahawa telah gugurnya kemampuan individu tersebut dari segi kewangan. Oleh itu, haji boleh ditangguhkan sehingga tahun berkemampuan. Tetapi, sekiranya kadar perbelanjaan haji dan umrah melebihi tahap kemampuan mereka, maka tidak wajib bagi mereka untuk melaksanakannya

SITUASI 3: Individu yang berkemampuan, hendak melakukan haji tetapi kesihatannya mengganggu.

Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji. Tetapi, pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button