RAMADHAN RAMADHAN DAN RAYA DAN RAYA YANG BARAKAH YANG BARAKAH

Ramadhan berlalu Syawwal menyinsing,
Masjid dimakmur, umat berpadu;
MAIS dan agensi sama berganding,
Agama terpelihara, umat terpandu.
Atas kapasiti menjaga agama dan umat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan seluruh agensinya cuba merealisasikan agenda ini dengan teratur. Berikut merupakan antara tindakan yang diambil.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Sepanjang Ramadhan pelbagai program seperti Iftar bersama DYMM Sultan Selangor, penyampaian sumbangan kepada asnaf riqab dan agihan fidyah kepada mereka yang layak terutamanya kepada asnaf fakir dan miskin. MAIS juga meneruskan program dakwah bagi kesedaran berkaitan pengurusan harta di Institusi Masjid. MAIS turut memantau keharmonian hal ehwal Islam di Selangor agar umat Islam dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan penuh bakarah ini dengan penuh ketenangan.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
JAIS aktif sebagai sekretariat dalam program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor, termasuk penyampaian sumbangan kepada masyarakat di masjid masjid terpilih. JAIS juga menyelaras program pengimarahan masjid, surau dan tazkirah sepanjang Ramadhan termasuk ceramah, solat tarawih dan qiyamulail. Aspek penguatkuasaan dan kawalan menjadi prioriti agar tidak wujud amalan yang bercanggah dengan fatwa berlaku di negeri ini.
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Bantuan Ramadhan dan Syawwal menjadi ‘trade mark’, iaitu mengagihkan bantuan zakat kepada puluhan ribu keluarga fakir, miskin dan mualaf agar mereka dapat membuat persiapan berpuasa dan menyambut Aidilfitri. Bantuan ini melibatkan puluhan juta ringgit. LZS juga menjalankan program komuniti, misalnya Jelajah Dakwah Zakat Selangor di masjid dan surau terpilih dan kempen zakat, bertujuan mendekatkan dakwah zakat kepada masyarakat Muslim sepanjang bulan suci dan mendekatkan mereka kepada budaya berzakat di bulan Ramadhan.
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
PWS aktif menyertai program bersama agensi lain seperti MAIS dan turut memberikan pendedahan mengenai wakaf kepada umat Islam. Melalui kerjasama institusi, PWS juga menjalinkan hubungan dengan LZS dan agensi Islam lain untuk memperkukuh kefahaman wakaf khususnya di bulan Ramadhan.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
YIDE memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta untuk memastikan keperluan utama kelangsungan kebajikan untuk 11,386 anak yatim di seluruh Selangor, selain sebanyak RM1.5 juta untuk 32 rumah kebajikan anak yatim yang di kawalselia oleh YIDE. Di bulan Ramadhan, YIDE terus menyantuni anak-anak yatim sepanjang bulan ini.
Pelbagai Agensi, Masjid dan NGO-Islam (NGO-I)
Kempen penghayatan ibadah sepanjang Ramadhan giat dijalankan. Misalnya galakan sedekah dalam penajaan iftar, moreh, sahur dan sebagainya lagi, termasuklah yang paling popular penyediaan bubur lambuk kepada umat Islam dengan percuma dan banyak lagi aktiviti lain sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri.
Kesimpulannya, MAIS dan seluruh agensinya berusaha agar Ramadhan dan raya kekal menjadi medan barakah buat umat Islam dengan menitik beratkan aspek pengisian ilmu dan amalan secara beriringan. Bertuahlah kita tinggal di sebuah negeri yang menitik beratkan perkara-perkara seperti ini demi memastikan kemeriahan tetap kekal di atas landasan syariat.
Teruslah berhari raya. Namun ingat kembali segala ajaran yang didapati semasa Ramadhan. Bersederhana, tidak berlebihan dan lebih utama, lakukan segala sesuatu hanya kerana Allah SWT semata-mata. Moga Ramadhan barakah dan Syawwal juga barakah, amin. Wallahua’lam. Edisi


