NGOi

Usahasama MYCARE & MAIS

MyCARE telah berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) sejak 22 Disember 2016.

Oleh

Shahrul Effendy bin Md Saat (fendy@mais.gov.my)
Eksekutif Perhubungan Awam & Khidmat Pelanggan MAIS

Pendaftaran ini telah membawa kepada kerjasama akrab antara MyCARE dengan MAIS serta agensi dan anak syarikat MAIS seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ihsan (YIDE) serta lain-lain.

MyCARE telah menjadi pelaksana untuk beberapa projek tempatan antaranya agihan pek makanan, Back2School, latihan keusahawanan, bengkel jana dana, program bersama kanakkanak, remaja dan wanita serta pelbagai lagi.

MyCARE aktif dalam beberapa aktiviti tempatan terutama menyalurkan bantuan kemanusiaan, program agihan sumbangan seperti beg, peralatan sekolah, telekung, sejadah, comforter, pengisian tentang isu kemanusiaan terkini, projek 1 tabung 1 keluarga serta projek latihan dan pembangunan wanita kepada kumpulan sasaran.

Antara program dan aktiviti MyCARE yang telah dilaksanakan bersama MAIS adalah:

A. Program sumbangan makanan asasi kepada pemandu limosin KLIA yang terjejas akibat Pandemik COVID-19;
B. Program agihan bantuan fdyah MAIS di beberapa daerah Selangor;
C. Program kelas pengajian Al-Quran dan Fardu
Ain Wanita Orang Asli Bukit Bandaraya;
D. Program agihan bantuan persekolahan.

LATAR BELAKANG MYCARE

MyCARE atau Humanitarian Care Malaysia Berhad adalah sebuah badan kemanusian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan profl bukan bermatlamatkan keuntungan (non-proft organization, NPO) selain berdaftar di bawah MAIS. Jaringan bantuan kemanusiaan MYCARE meliputi:

Negara-negara bergolak di Timur Tengah seperti
Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan Iraq;
Komuniti yang memerlukan di Myanmar, Vietnam,
Filipina, Kemboja, Indonesia, Thailand dan Malaysia;
Kawasan yang ditimpa bencana seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi atau tsunami dalam negara dan luar negara.

MyCARE akan memanfaatkan kekuatan komuniti yang telah dibina untuk membantu mencapai matlamat berikut:

a. Membasmi kemiskinan;
b. Sifar kelaparan;
c. kesihatan dan kesejahteraan;
d. Rahmatan lil-alamin
e. Pendidikan yang berkualiti;
f. pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan;
g. kerjasama dan persefahaman dalam mencapai matlamat

TERIMA SUMBANGAN MAIS

Selain aktif dalam mengagihkan dan menyalurkan bantuan kemanusiaan, MyCARE merupakan PIBK yang menerima sumbangan MAIS.

Sumbangan diberikan berdasarkan komitmen pertubuhan dalam menangani ancaman akidah dan sosial selain diukur mengikut Penilaian Prestasi Keberkesanan Laporan Program PIBK MAIS bagi tempoh setahun.

Sehingga kini, jumlah PIBK di bawah MAIS pada tahun 2023 adalah sebanyak 77 buah PIBK. Kesemua PIBK tersebut dibahagikan kepada 10 Kluster iaitu Kluster Dakwah & Islah, Kluster Pemantapan Akidah, Kluster Pemerkasaan Halalan Toyyiban, Kluster Pendidikan Islam dan Kluster Pembangunan Muallaf, Kluster Pendidikan Islam, Kluster Pemulihan Riqab, Kluster Kebajikan Fakir dan Miskin, Kluster Kebajikan Anak Yatim, Kluster Pembangunan Kekeluargaan Islam dan Kluster Amal Makruf Nahi Mungkar. MAIS berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button