Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) adalah merupakan sebuah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). PIWP bertindak membantu MAIS dalam menjalankan fungsinya dalam membina dan mengukuhkan institusi kekeluargaan yang menepati hukum syariat Islam di Negeri Selangor.
PIWP bergerak secara aktif dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan sasarannya seperti asnaf fakir, miskin dan muallaf serta kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar. Kini, PWIP mempunyai serama 200 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antara objektif utama penubuhannya PIWP ialah :
Selain itu, PWIP juga menjalankan aktiviti agihan sumbangan dan kebajikan yang memerlukan. Antara aktiviti tumpuan yang telah dilaksanakan oleh PWIP ialah membantu agihan sumbangan fidyah sebanyak 120 kotak fidyah, sumbangan kebajikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dan termasuk infak setiap hari Jumaat yang dihantar ke masjid-masjid dan rumah tahfiz sekitar Selangor, menganjurkan kelas-kelas agama secara berkala sama ada secara fizikal atau pun secara maya serta menyantuni masyarakat orang asli. Edisi