Fokus

MAIS: Antara Pencapaian 2021 dan Visi 2022

Saban tahun, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menyampaikan ucaptama yang disebut sebagai Perutusan Tahun Baru.
Kali ini, EDISI sempat menyorot intipati utama ucapan berkenaan untuk tatapan pembaca sekalian. Ia dipersembahkan dalam bentuk dialog agar lebih mudah difahami.

Edisi: Apakah yang boleh disimpulkan oleh Tan Sri tentang tahun 2021?

Tan Sri: Sangat mencabar. Dugaan dan cabaran kali ini sangat hebat. Kita terus terkekang dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara COVID-19. Belum pun selesai isu COVID-19, kita berhadapan pula dengan banjir besar. Banyak pihak yang terkesan dan bukan sedikit kerugian yang ditanggung. Semua ini menjadi cabaran besar bagi MAIS dan seluruh anak syarikatnya di tahun 2021.

Namun, jujurnya saya kagum dengan kerjasama semua pihak. Kita saling berganding bahu untuk tekun membantu. Baik mendepani pandemik COVID-19 mahu pun banjir, bantuan kewangan dan tenaga kita hulurkan dengan konsisten. Alhamdulillah, untuk banjir sahaja sebanyak RM38.1 juta telah disalurkan. Bantuan COVID-19 pula, lebih RM70 juta telah disalurkan.

Edisi: Bagaimana pula dengan prestasi MAIS dan anak-anak syarikat sepanjang tahun 2021?

Tan Sri: Saya fikir, tidak ada orang boleh menafikan bahawa COVID-19 telah membadai bak tsunami seluruh muka bumi. Ia hampir meranapkan ekonomi dunia termasuklah Malaysia. Namun begitu, apa yang membanggakan saya ialah, keadaan yang sebaliknya telah berlaku kepada MAIS dan seluruh jajaran agensi di bawahnya.

Realitinya, MAIS dan seluruh anak syarikatnya terus konsisten mencipta keberhasilan, khususnya dalam bidang ekonomi dan sosial. Buktinya, telah berlaku peningkatan kutipan dan agihan bantuan yang luar biasa di MAIS dan seluruh anak syarikat, baik dalam aspek zakat, wakaf, fidyah dan sebagainya.

Edisi: Bolehkah Tan Sri perincikan?

Tan Sri: Ringkasnya begini. Kutipan fidyah oleh MAIS bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM9.1 juta, ia naik RM2.8 juta atau 40 peratus dari tahun 2020. Ini sesuatu yang luar biasa.

Demikian juga kutipan zakat. Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai subsidiari MAIS merekodkan kutipan luar biasa pada tahun 2021, iaitu RM992 juta. Jumlah ini melebihi RM79 juta dari tahun 2020. Bayangkan, hanya kurang RM8 juta untuk mencapai RM1 billion. Saya yakin tahun 2022 ini, ia akan mencecah RM1 billion, insya Allah.

Selain kutipan, LZS juga memastikan agihan zakat berjalan seiring. Hasilnya, tahun 2021 sebanyak RM919 juta telah diagihkan, dan ia melebihi RM52 juta berbanding tahun 2020.

Begitu juga kutipan wakaf melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Sungguh pun dalam era pandemik, PWS berjaya mengutip sebanyak RM56.6 juta sepanjang tahun 2021, meningkat dari tahun 2020 yang hanya berjaya membuat kutipan sebanyak RM34.9 juta.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah berjaya meningkatkan bilangan persijilan halal di Negeri Selangor sebanyak 4,318 sijil pengesahan halal, dengan keseluruhan kutipan sebanyak RM3.4 juta.esimpulannya, saya melihat bahwa peningkatan ketara dalam kutipan pelbagai agensi di bawah MAIS ini termasuk di JAIS, ia sebenarnya membuktikan bahawa umat Islam semakin peka terhadap budaya kehidupan bersyariat dan sekaligus menjadi tanda bahawa mereka juga amat menjaga kebajikan sesama umat Islam. Semua ini amat besar maknanya di kala kita masih berhadapan dengan pelbagai ujian, khususnya COVID-19 yang masih belum reda.

Edisi: Bagaimana dengan strategi dan hala tuju MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS 2022?

Tan Sri: Saya melihat harus ada pelarasan semula dan penambahbaikan, seiring dengan keperluan semasa. Untuk itu, MAIS telah meluluskan Strategi Bajet 2022 dengan tema ‘Pengukuhan Ekonomi dan Sosial’, yang lebih menepati keperluan. Bajet ini disokong oleh tiga strategi dan diperkukuhkan dengan 12 inisiatif. Tiga strategi berkenaan dikenali sebagai

Edisi: Akhirnya, apakah harapan Tan Sri terhadap tahun 2022 ini?

Tan Sri: Saya amat berharap semua pihak melihat segala bentuk ujian atau musibah yang datang kepada kita dengan pandangan hikmah. Hakikatnya, banyak perkara yang kita dapat sama-sama tekuni di sebalik hikmah yang menghimpit. Paling jelas, musibah ini menyebabkan kita kembali menekur dahi ke tikar sejadah. Sedar bahawa kita tiada keupayaan, melainkan semuanya dalam genggaman dan keizinan Allah SWT.

Saya juga berharap, semua pihak khususnya warga MAIS dan seluruh agensi berkaitan, marilah kita sama-sama berazam untuk terus meningkatkan produktiviti kerja dengan lebih efektif dan efisien di dalam semua perkara. Tingkatkan kualiti disiplin diri, menepati masa, menanam minat untuk terus menuntut ilmu dan tidak lupa, mengutamakan perkhidmatan pelanggan yang baik dan berkesan.

Semoga 2022 ini menjadi tahun yang lebih gemilang bagi MAIS, anak syarikat dan seluruh agensi atau jabatan berkaitan agama Islam di negeri Selangor ini, amin

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button