Gen Q

KUIS; Menggalas Tanggungjawab Pendidikan Ummah

27 Tahun Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyelusuri perjalanan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam
di persada dunia pendidikan negara.

Pusat pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pusat penyelidikan dan inovasi di dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan ummah demi melahirkan generasi para Da’i, Ulama dan Umara.

KUIS dengan sinergi yang padu di antara Majlis Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor bergerak maju di dalam memacu pendidikan ummah khususnya di Negeri Selangor Darul Ehsan dengan tekad menjunjung ketinggian ilmu dan menjulang darjat serta kesantunan peradaban Bangsa, Agama dan Negara ke arah pembinaan negara Baldatun Tayyibatul Wa Rabbul Ghaffor.

Di bawah kepimpinan YBhg Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, KUIS terus mengorak langkah melalui Pelan Strategik KUIS 2019-2023 bertekad meneruskan kelangsungan gagasan sebuah Universiti penuh berpaksikan motto Peneraju Tradisi Ilmu
menuju kecemerlangan dan memartabatkan Institusi Pengajian Tinggi Islam secara agresif dan proaktif berorentasikan wakaf dalam elahirkan mahasiswa yang berakhlak, erintegriti, berdaya saing dan kompetitif dalam arus ledakan IR 4.0.

KUIS menawarkan kepada lepasan SPM, STPM, STAM dan Diploma untuk menyambung pengajian di Peringkat Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.
Sebanyak 83 program telah mendapat kelulusan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memenuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan. Sehingga kini KUIS telah berjaya melahirkan 5,475 graduan yang sedang berbakti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Eksistensi KUIS dengan penyediaan landskap pengajian akademik kontemporari ‘employability’ dan ‘marketability’ meliputi pelbagai bidang pengajian dan disiplin ilmu berteraskan tauhid memenuhi keperluan zaman seiring dengan “niche” Islam menepati
halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara melalui pembangunan kurikulum dan kolarikulum yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge).

KUIS secara tuntasnya membentuk mahasiswa sebagai agent of hange yang menjadi aset negara yang amat berharga dan menjadi pelapis generasi pemimpin futuristik dan itqan. Pemerkasaan program pembangunan sahsiah yang holistik, prinsip persekitaran (bi’ah) yang solehah, pembangunan iklim Dini, ikutan yang baik (qudwah hasanah), program khidmat ummah dan Masjid Al Azhar sebagai nadi kehidupan mahasiswa sangat diutamakan di dalam memantapkan usaha melahirkan mahasiswa KUIS yang cemerlang dari segi akademik dan akhlak yang terpuji. Usaha ini didokong oleh saf para Pensyarah serta Warga kerja KUIS yang memiliki roh dan jiwa sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.

Sokongan dan dokongan daripada para pemimpin, para Ibu bapa dan komuniti amat diharapkan untuk KUIS terus memartabatkan pendidikan Islam kepada ummah memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan meletakkan ketinggian ilmu sebagai asas pembangunan
insan dan kemajuan negar . Sesungguhnya wajah negara pada masa akan datang adalah wajah generasi muda pada hari ini. Semoga Allah sentiasa memberkati KUIS. #kamipilihkuis #jommasukkuis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button