Fokus

TOLERANSI RAYA TOLERANSI RAYA PELBAGAI MASYARAKAT PELBAGAI MASYARAKAT MAJMUK

Dalam negara yang majmuk seperti Malaysia, kita tidak dapat memisahkan diri daripada pelbagai perayaan. Ada yang berpandangan, tidak salah merayakan semua jenis perayaan. Namun ada yang menyatakan, haram secara tuntas. Perbezaan pola pandangan ini, menjadikan rakyat keliru. Apatah lagi bagi generasi muda.

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Asasnya, Islam adalah agama toleransi. Buktinya, Allah SWT tidak memaksa semua orang memeluk agama Islam. Rujuk firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 256. Dengan toleransi inilah, maka sejarah membuktikan bahawa masyarakat non muslim boleh hidup dengan rukun dan damai dalam negara Islam, ataupun negara majoriti Muslim. Sesuatu yang kadang kala sukar berlaku, apabila minoriti Muslim yang tinggal di negara non muslim.

Berdasarkan itu, maka kepelbagaian agama tidak dapat dielakkan. Namun begitu, kita hendaklah ingat bahawa Allah SWT hanya mengiktiraf Islam sebagai jalan hidup, manakala semua agama lain adalah ditolak oleh Allah SWT. Rujuklah firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran, ayat 19.

Melihat dua perkara ini, adakalanya menyebabkan kita kembali merenung, sejauh manakah Islam bertoleransi dengan semua agama di dunia? Adakah tanpa batasan atau batasannya ketat sekali? Saya teringat kata seorang pemidato, jika memilih Islam maka bersiaplah untuk mematuhi segala ketetapannya. Bermakna, pasti ada limitasinya.

Dalam hal ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melihat, umat Islam di Selangor hendaklah mempunyai kefahaman yang jelas mengenai isu kepelbagaian agama ini. Benar, kita tidak boleh memaksa orang lain memeluk Islam; namun nyata sekali apabila kita sudah memeluk Islam, maka kita hendaklah memahami garisan sempadan yang Islam ajarkan. Ibarat kita masuk ke negara asing, tidak ada paksaan kita memasukinya; namun sekali kaki kita berada di dalam negara itu, seluruh peraturan negara berkenaan terpakai di sisi kita.

Larangan ini bukanlah bermaksud menyekat kebebasan. Namun ia demi menyelamatkan dan menyerlahkan perbezaan. Umat Islam yang taat itu, terzahir ketakwaannya. Ia tidak sama dengan non muslim. Kelak di akhirat, kita dapat melihat cahaya di wajahnya. Ingatlah, cahaya iman itu bermula di dunia.

Marilah kita sama-sama menelusuri isu ini dengan lebih cermat. Islam bukan sekadar di Kad Pengenalan, tetapi terzahir pada pengamalan. Insya-Allah, Edisi MAIS kali ini akan cuba mengupas dengan saksama isu-isu berkaitan toleransi raya pelbagai masyarakat majmuk ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Selamat membaca! Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button