Istiadat Watikah Pelantikan Jawatan di Bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

OKTOBER 2025 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan menyerahkan watikah pelantikan Setiausaha MAIS, Ketua Hakim Syarie, Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor, Ketua Pendaftar dan Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Ruju’ dengan jumlah keseluruhan seramai 17 orang penerima watikah dalam majlis istiadat yang diadakan di Istana Bukit Kayangan. Edisi



