Isu

Enam Solusi Harta Haram

Masyarakat Islam di negeri Selangor perlu mengetahui dan memahami tentang kepentingan memiliki harta dari jalan yang sah serta sentiasa menjadikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai rujukan utama bagi memastikan harta yang dimiliki adalah halal dan berkat.” – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Selaras dengan gesaan Pengerusi MAIS di atas, berikut adalah enam solusi mengenai harta haram yang boleh diamalkan:

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Jauhilah pekerjaan yang haram. Hakikatnya inilah langkah pertama untuk mengelakkan diri dari yang haram. Jika sudah terjerumus misalnya menjadi pelacur atau GRO dan mahu berubah, maka MAIS telah menyediakan agensi tertentu yang dapat membantu, misalnya Bahagian Pemulihan al Riqab dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), dengan berpandukan skim yang disediakan;
Menjauhi rasuah dan penyelewengan. Ini juga sumber terjadinya harta haram. Semakin berkuasa, semakin luas peluang berlaku curang. Akhirnya rasuah menjadi budaya. Di sini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di dalam khutbah Jumaat konsisten berpesan agar umat Islam menghindari segala korupsi berkenaan. Jika sudah terjebak dan mahu bertaubat, hubungilah MAIS. Kita carikan jalan keluarnya.;
Tinggalkan pelaburan dan simpanan yang tidak patuh syariah. Hari ini, tiada lagi alasan untuk kekal dalam pelaburan dan simpanan yang haram. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sudah mewujudkan akaun Islamik. Perbankan pun sudah ada perbankan Islam, dan takaful menjadi pilihan halal berbanding insurans konvensional. Jabatan Mufti Negeri Selangor sentiasa memberi bimbingan fatwa dalam hal ini.;
Bersihkan harta dari yang haram. Perkara ini boleh terjadi dalam isu simpanan atau pelaburan wang di sektor yang tidak patuh syariah. Ia wajib diasingkan. Hubungilah Baitulmal MAIS untuk melunaskan Wang Tidak Patuh Syariah (WTPS) ini dengan sempurna.;
Memelihara hak nafkah bagi tanggungan wajib. Mengabaikan nafkah kepada yang wajib, seperti isteri, anak-anak dan ibu bapa yang tidak berkemampuan, hakikatnya punca mengundang murka Tuhan. Rujuklah Jabatan Kehakiman Syariah (JAKESS) dan Khidmat Nasihat dan Runding Cara Kekeluargaan JAIS untuk memahami isu ini.;
Sucikan harta dengan zakat. Seringkali zakat harta diabaikan oleh umat Islam kerana dianggap kecil; sehingga tanpa sedar mengundang murka Allah SWT dan binasanya harta dan keluarga. Maka, tunaikan zakat harta dengan sempurna dengan menghubungi LZS demi mendapat bimbingan yang sempurna.;

Inilah komitmen MAIS dan agensiagensi di bawahnya dalam upaya mengajak umat Islam hidup dalam kitaran yang halal dan berkat. Ia bersifat pendidikan, pencegahan, malah ada yang bersifat memberikan solusi dalam membina kehidupan yang lebih baik. Hubungi talian MAIS: 03-55143400 untuk info lanjut. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button