NGOi

MASJID Al-AZHAR UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)

Oleh

Hasal bin Senin (hasal@mais.gov.my) Pembantu Eksekutif, Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS

PENGENALAN MASJID AL-AZHAR UIS

  • Masjid Al-Azhar UIS, dikategorikan sebagai sebuah ‘Masjid Institusi’ oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
  • Milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996.
  • Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui peruntukan yang telah ditetapkan seperti masjid-masjid di Negeri Selangor.

SEJARAH PEMBINAAN DAN PERASMIAN

  • Masjid Al-Azhar telah dibina pada fasa pertama pembinaan UIS iaitu pada tahun 1998 hingga tahun 2000 dan dibina ditengah tengah kawasan UIS yang berkeluasan 104 ekar.
  • Masjid ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj. Sultan Selangor yang ke 9 pada 25 Mei 2002.
  • Masjid ini mampu memuatkan lebih kurang 3,000 jemaah dalam satu-satu masa.

SENI BINA MASJID AL-AZHAR

  • Senibina masjid ini menjadikan binaan pada zaman kegemilangan Islam pada kesultanan Uthmaniah sebagai contoh. Pada zaman kesultanan Uthmaniah, masjid mempunyai kubah masjid yang besar, mempunyai menara dan mempunyai ruang legar yang luas. Masjid pada kesultanan Uthmaniah juga mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara saf-saf dan syiling yang jauh lebih tinggi dari kawasan lantai. Begitu juga senibina yang terdapat di Masjid Al-Azhar UIS.
  • Selain itu juga dimasukkan sekali senibina Moorish dan Arab serta di adun bersesuaian dengan senibina Melayu dan moden.
  • Aras bawah Masjid Al-Azhar merupakan ruang solat utama.
  • Aras satu merupakan kawasan untuk jemaah wanita menunaikan solat dan melakukan aktiviti yang dikhususkan untuk jemaah wanita seperti usrah, kuliah muslimat dan sebagainya.
  • Dewan solat utama adalah kawsan umum di mana aktiviti penguimarahan seperti kuliah harian, kuliah dhuha bersama Dato’ Mufti Selangor dan penceramah jemputan, usrah perdana kakitangan UIS dilaksanakan di ruang solat utama solat.
  • Pada waktu solat Jumaat, kedua-dua ruang akan dipenuhi oleh jemaah lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.
  • Pada waktu pagi ruangan solat utama aras bawah dipenuhi dengan sesi tasmiq pelajar-pelajar dari Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat FFPI.
  • Pada hari Jumaat juga keseluruhan kawasan Masjid Al-Azhar dipenuhi dengan aktiviti pelajar seperti usrah mingguan.

AKTIVITI & PROGRAM MASJID AL-AZHAR

  • Kuliah Subuh
  • Kuliah Maghrib
  • Kuliah Zohor
  • Daurah Talaqqi Berkitab
  • Usrah Perdana Kakikatangan UIS
  • Program / Ceramah Hari Kebesaran Islam
  • Gotong Royong Korban
  • Program Ihya’ Ramadhan Masjid Al-Azhar UIS
  • Jemputan khas Ulama’ daripada Timur Tengah berkaitan isu-isu semasa
  • Forum Perdana

PENUTUP

Harapan kami moga Masjid Al-Azhar akan menjadi pemacu kepada ummah bertaqwa, berilmu dan beriman dan seterusnya pemangkin kepada kekuatan ummah khususnya di Negeri Selangor. Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button