Artikel Khas

Kubur Tanpa Nisan

Adakah anda ingat dan tahu mengenai ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit? Ajaran ini didapati tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar dan umat Islam dilarang mengamalkannya. Selain ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit, terdapat sebanyak 43 ajaran lain yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Oleh

Maryam Binti Md Zin (maryam@jais.gov.my)
Penolong Pengarah Penyelidikan, JAIS

Kebanyakan ajaran yang telah difatwakan sesat dilihat seolaholah tidak wujud lagi. Ia juga boleh dikatakan sudah tidak lagi diketahui oleh masyarakat. Namun, walaupun kelihatan seperti sudah tiada, tidak semestinya ia terhenti sepenuhnya. Apatah lagi jika ajaran tersebut masih dikenang atau diwarisi oleh individu atau kumpulan tertentu sehingga ada masa tertentu ia timbul dengan nama baharu menggantikan nama asal ajaran yang telah difatwakan itu. Mereka masih mengamalkan keyakinan atau amalan-amalan sesat yang serupa dengannya.  Boleh dikatakan juga bahawa walaupun telah diisytiharkan sebagai ajaran sesat, mereka masih aktif secara sembunyi mengamalkan ajaran mereka sehingga sukar diambil tindakan
oleh pihak berkuasa agama.

Ajaran-ajaran sesat dan menyeleweng ini pada mulanya tidak diketahui oleh masyarakat, bahkan para pengikutnya tidak mengisytihar diri mereka sebagai pengamal sebuah ajaran agama yang baru.
Mereka juga tidak memiliki nama tertentu untuk amalan dan keyakinan beragama yang mereka yakini dan laksanakan setiap hari. Masyarakat akan mula mengetahui kehadiran aliran atau fahaman ajaran tersebut setelah mendapat publisiti dan liputan dari media.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa melaksanakan langkah-langkah membanteras ajaran sesat seperti membuat pemantauan dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain. Orang awam boleh membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasaan JAIS sekiranya mendapati ajaran yang difatwakan sesat menjalankan kegiatan mereka di Negeri Selangor.

Selain itu, JAIS juga secara berterusan melaksanakan programprogram penjelasan dan kesedaran mengenai pengukuhan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di setiap peringkat lapisan masyarakat. Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) juga telah menyediakan senarai ajaran yang telah difatwakan sesat untuk
rujukan orang Islam supaya lebih berhati-hati dalam memilih keyakinan dan menghindari ajaran sesat yang bercanggah dengan ajaran Agama Islam.

Namun, dalam melaksanakan langkah membanteras ajaran sesat terdapat masalah atau cabaran yang timbul sehingga menyebabkan ketua atau pengikut ajaran ini sukar didakwa ke muka pengadilan. Kegiatan ajaran sesat diadakan di tempattempat sulit dan tersembunyi pada waktu yang sukar untuk dikesan dan mereka sering bertukar lokasi dan nama Kumpulan untuk meneruskan ajaran. Akhirnya ia memberi kesan kepada pihak pendakwa syarie untuk mendapatkan saksi yang berani tampil memberikan maklumat kukuh selain daripada memperoleh bahan bukti yang tidak boleh dicabar dengan mudah oleh tertuduh.

Oleh itu, setiap individu dan komponen masyarakat perlu berani tampil memberikan maklumat dan menjadi saksi di mahkamah bagi kes ajaran sesat serta perlu sentiasa mempelajari dan memahami akidah, syariah, ibadah dan akhlak mengikut ajaran Agama Islam yang benar dan tepat.

Masyarakat juga hendaklah mencegah diri dari terlibat dengan ajaran sesat yang boleh merosakkan keyakinan terhadap beragama serta ajaran yang boleh menjadi ancaman kepada perpaduan umat, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Edis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button