Viral Kini

KENALI GISBH

1) SIAPAKAH GISBH?

Al-Arqam adalah sebuah kumpulan ajaran yang ditubuhkan oleh Ashaari Muhammad pada tahun 1968. Setelah pengharaman Al-Arqam pada tahun 1994, beberapa ahli bekas kumpulan tersebut menubuhkan syarikat Rufaqa’ Co, GISB dan GISBH sebagai sebuah syarikat perniagaan yang besar. Mereka mengendalikan pelbagai jenis perniagaan, termasuk restoran, penginapan, perniagaan peruncitan, dan khidmat sosial di bawah jenama ini. Pengaruh Ashaari Muhammad masih kuat dalam kumpulan ini walaupun selepas pengharamannya. Ashaari Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 2010 terus dihormati oleh pengikutnya dan pengaruhnya jelas dalam struktur perniagaan dan sosial Global Ikhwan.

2) CIRI-CIRI PENYIMPANGAN GISBH?

  • Kepercayaan kepada kebangkitan semula pemimpin al-Arqam yang telah meninggal dunia seperti al-Suhaimi mati pada zahir sahaja sebaliknya ia ghaib dan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
  • Ketaksuban dan pemujaan kepada kepimpinan Ashaari Muhammad bahawa Ashaari Muhammad memiliki kuasa kerohanian yang luar biasa, dan ada pula dakwaan bahawa mereka percaya Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi akan kembali sebagai Imam Mahdi.
  • Wujud unsur-unsur khurafat dan syirik dari ajaran asal al-Arqam seperti minda Abuya adalah wahyu Tuhan, Allah akan beritahu kepada Abuya tentang sesuatu penyakit di kalangan pengikutnya serta dipercayai memiliki ramalan tentang masa depan.
  • Kepercayaan dan amalan poligami yang tidak mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa. Mereka mengadakan seminar dan kempen untuk memperluaskan amalan poligami dalam kalangan ahli-ahli mereka. Walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, pendekatan kumpulan ini terhadap amalan tersebut sering dikritik kerana ia dilihat sebagai
    mengabaikan hak dan kesejahteraan wanita.

TANGUNGGJAWAB MENGHORMATI FATWA NEGERI SELANGOR

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2024 yang bersidang pada 30 September 2024 bersamaan 26 Rabi’ul Awwal 1446H telah membincangkan mengenai fahaman, ajaran, pegangan atau amalan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dan rangkaiannya dan mesyuarat memutuskan; Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya mempunyai elemen-elemen yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri telah berkenan fatwa mengharamkan fahaman dan ajaran pertubuhan al-Arqam sebelum ini. Pengharaman segala fahaman dan ajarannya telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui fatwa yang diwartakan pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 21 Disember 2006 dan yang terkini fatwa berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) telah di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 3 Oktober 2024 dan telah diwartakan pada 16 Oktober 2024.

Apabila fatwa ini diwartakan maka ia telah mengikat dan menjadi kewajipan kita setiap orang Islam yang berada dalam negeri Selangor untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa ini. Mana-mana fatwa yang diingkari atau dihina boleh diambil tindakan undang-undang. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button