Fiqh Kontemporari

Polemik Tauliah Di Negeri Selangor

HHadis Nabi SAW; “Sampaikanlah olehku walaupun satu ayat”. (HR Al-Bukhari). Merujuk kepada hadis tersebut maka semua orang Islam yang mukallaf digalakkan supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan dengan berusaha menyampaikan sesuatu mesej walaupun hanya satu ayat daripada Nabi SAW.

Walau bagaimanapun, harus difahami bahawa ketetapan undang-undang kepada yang mengajar agama seperti di masjid, surau, menyampaikan tazkirah dan sebagainya memerlukan sijil tauliah yang sah dari Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS). Ini bertepatan dengan ketetapan Seksyen 118, Enakman Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, pindaan 2016. Ianya bertujuan untuk memastikan seseorang itu mempunyai;

Oleh

Hasal Bin Senin (hasal@mais.gov.my) Pembantu Eksekutif, Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS
  • Kelayakan
  • Kemahiran
  • Kemampuan
  • Penguasaan
  • Ilmu

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN TAULIAH DYMM
Sultan Selangor mengingatkan tauliah mengajar atau berceramah layak diberikan kepada seseorang yang benar-benar mahir dan berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu Islam. Keperluan tersebut untuk memastikan;

KAEDAH PERMOHONAN TAULIAH
Sehubungan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Jawatankuasa Tauliah telah melaksanakan bidangkuasanya dengan mengimplimentasikan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi memudahkan pengurusan permohonan tauliah di Negeri Selangor seperti berikut;

1 Isi borang Permohonan Tauliah Mengajar di Selangor(Bor/BD/PK(01)-01) dengan lengkap (Borang ini boleh diperolehi dari Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Selangor ATAU di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor ATAU download borang permohonan di laman web JAIS iaitu http://www.jais.gov.my.

2. Serahkan borang tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.

3. Pemohon akan dipanggil oleh Pejabat Agama Islam Daerah untuk sesi ujian bertulis.

4. Pemohon akan dipanggil oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor untuk sesi temu duga sekiranya lulus ujian bertulis.

5. Keputusan sama ada pemohon layak untuk diberikan tauliah atau tidak hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tauliah MAIS setelah pihak Jawatankuasa bersidang dan berpuas hati dengan kelayakan, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta melepasi tapisan keselamatan

KATEGORI TAULIAH
Tauliah ini diberikan kepada pemohon yang layak mengikut kategori tertentu. Pengeluaran tauliah ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016. Kategori Tauliah Adalah terbahagi kepada 4 iaitu:

1 Tauliah Berceramah
2 Tauliah Mengajar Fardhu Ain
3 Tauliah Mengajar Al-Quran
4 Tauliah Khas (Contoh: Pengurusan Jenazah,
Perbandingan Agama, Perbankan Islam, Motivasi)

Semoga dengan penjelasan ini akan memberikan kefahaman mengenai kepentingan tauliah mengajar dan membantu memudahkan permohonan tauliah mengajar di Negeri Selangor.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai tauliah mengajar di Selangor, sila hubungi talian 03-55143513 (Urusetia Tauliah) atau atau layari portal http://tauliah.jais.gov.my

Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button