2/2023Celik Jawi

Jom Berbahasa Arab Mudah (Siri 2/2023)

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Assalamua’laikum semua pembaca setia Edisi MAIS. Semoga sihat dan ceria. Bagaimana dengan penggunaan kalimah Arab sebelum ini? Semoga telah dipraktikkan. 

Maka bagaimana menggunakannya? Caranya, selitkan dalam pertuturan harian sebagaimana kita sering menyelitkan Bahasa Inggeris.

Contoh:

  1. Amirul, Ustaz Salehuddin mahukan fail itu, al-aan (sekarang).
  2. Khabarnya Ustazah Sabariah sudah balik dari Mekah, ams (semalam).
  3. Ali dan Abu, ghadan (esok), kita minum pagi di Café Ceria ya.
  4. Saya rasa bahagia berjumpa dengan kamu. Jawablah: Ana aidon (saya juga).
  5. Bagaimana dengan kerja rumah yang saya beri semalam? Jawablah: Selesai, tamam (sempurna).
  6. Abu, adakah rakan sekerja kamu bagus pekerjaannya? Jawablah: Khair (bagus).
  7. Saya tidak akan pergi ke majlis itu, saya sudah letih dan memadai di sini sahaja, faqad (cukup) bagi saya.
  8. Berapa banyak sukatan gula ini untuk secawan kopi? Jawablah: Saya tidak suka manis, gulanya qalil (sedikit).
  9. Bila awak sampai ke Shah Alam? Jawablah: Qabla qalil (baharu sahaja).
  10. Kenderaan semua bergerak mahlan (perlahan-lahan), sebab di depan sana ada kereta rosak.

Bagaimana? Mudah sahajakan. Maka, ayat ini boleh diamalkan sehari-hari. Jika mahu tidur, maka katakan dalam Bahasa Arab saya mahu tidur. Jika mahu mandi, juga boleh diucapkan dalam Bahasa Arab. Di sini disediakan beberapa contohnya. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button