Man Jadda Wa Jada

Institusi Tahfiz Di Negeri Selangor: Sejarah Penubuhan, Sumbangan Dan Hala Tuju Pitas

Persatuan Institusi Tahfz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) adalah sebuah pertubuhan NGO Islam berperanan sebagai tempat rujukan, penghubung tara dan juru bicara penyampai bagi mewakili suara hati pendokong-pendokong Institusi Tahfz Al-Quran persendirian di Negeri Selangor. PITAS telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan didaftarkan pada 13 November 2003 di bawah ROS dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-13112003. Menjadi ahli Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) di bawah Kluster Pendidikan Islam (KP4) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Oleh

Hasal Bin Senin (hasal@mais.gov.my)
Pembantu Eksekutif (Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS)

Keanggotaan PITAS berjumlah 478 buah maahad tahfz adalah terdiri dari semua Institusi Tahfz Al-Quran Persendirian telah berdaftar (403 maahad) dan sedang mendaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (BPI JAIS) dengan jumlah lebih 22,000 pelajar dan 4,000 guru.

Visi PITAS ialah Menerajui Pembangunan Pendidikan Tahfz Rabbani, manakala misinya pula memperkasa institusi tahfz menerusi program yang terancang, sistematik, syumul dan terkini.

Bagi merealisasikan hasrat ini, PITAS menyediakan perkhidmatan sebagai pusat maklumat, perunding dan melaksanakan program dan aktiviti yang akan memberi manfaat kepada seluruh ahli. Mewakili persatuan dalam sebarang perbincangan, dialog dan taklimat dengan pihak kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dalam memartabatkan pendidikan tahfz. PITAS pernah menerima Anugerah Maal Hijrah Selangor kategori Badan Dakwah & Sukarela 1433 Tahun 2011 serta Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor kepada Pengerusi PITAS tahun 2022.

PITAS sentiasa berperanan dan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Negeri Selangor, MAIS, LZS, JAIS, JAKIM dan JPK di peringkat Persekutuan. Justeru itu, Pengerusi PITAS dilantik menjadi salah seorang Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Islam Dan Tahfz (JPIT), Jawatankuasa, Jawatankuasa Pemandu Tahfz Al Quran Negeri Selangor, Jawatankuasa Dasar Pendidikan Tahfz Negara, Jawatankuasa Akreditasi Tahfz (JAT) dan Jawatankuasa Pembangunan Tahfiz TVET, Kementerian Sumber Manusia untuk membawa suara bagi memperkasakan dan memartabatkan institusi tahfz di negara ini.

PITAS terlibat bersama 12 buah PBT di bawah Kerajaan Negeri dalam membina Garis Panduan Program Pemutihan Institusi Tahfiz supaya institusi tahfz memiliki Sijil Layak Menduduki Bangunan dari PBT dan mendapat Sijil Pendaftaran Penuh dari BPI JAIS. Selain itu PITAS memperjuangkan bantuan kepada pelajar tahfz melalui Dermasiswa Huffaz Selangor dari LZS, Ithbat Hafazan JAIS dan mengiktiraf sijil Syahadah PITAS melalui Akademi Literasi Al Quran Selangor, Program Fast Track SPM Huffaz Selangor anjuran Kerajaan Negeri dan membina Kurikulum Moderasi Huffaz Selangor bersama BPI JAIS.

PITAS sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan perancangan Pelan Strategik 5 Tahun PITAS ke arah pendidikan dan pengurusan tahfz secara profesional menjelang Tahun 2028 dapat dilihat kejayaannya. Sokongan pelbagai pihak khususnya pihak pemegang taruh dan kerajaan negeri amat diperlukan dalam mencapai impian dan harapan ini. Maklumat lanjut layari www.pitas.com.my. Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button