HUKUM BERMUAMALAT DENGAN KUMPULAN AJARAN SESAT
Muamalat adalah aktiviti yang melibatkan perhubungan tatacara atau peraturan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing dalam bidang ekonomi dan sosial yang berlandaskan syariah Allah SWT.
Dalam kehidupan masyarakat majmuk sudah tentu tidak dapat dielakkan lagi hubungan dan interaksi di antara kaum dan agama baik dalam bentuk urusan perniagaan, kerja, kejiranan dan sebagainya. Agama Islam adalah agama yang penuh rahmah dan menuntut umatnya berkelakuan baik kepada manusia lain termasuklah orang bukan Islam kecuali pada mereka yang menumpahkan darah kaum Muslimin, menindas golongan yang lemah serta dapat mengancam agama Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
Surah al-Mumtahanah (8)
Maksudnya: Hukum asal dalam muamalat adalah harus.
(Rujuk al-Syarh al-Mumti’ ‘ala Zad al-Mustaqni’ 97/9)
Tambahan lagi, Rasulullah SAW juga pernah melakukan muamalat atau jual beli dengan orang bukan Islam sepanjang hayat baginda. Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa Rasulullah SAW pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi secara hutang dan mencagarkan baju baginda sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA:
Riwayat Muslim (1603)
(Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim 40/11[3])
Hukum menjalankan perniagaan yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak adalah harus. Bagaimanapun apabila diketahui suatu perniagaan itu mempunyai hubung kait dengan penyaluran dana dalam usaha-usaha penyebaran agama Kristian, maka terdapat unsur syubhah di situ. Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama Kristian adalah dilarang.
Oleh itu, dapat difahami bahawa keharusan bermuamalat dengan orang bukan Islam sama ada melakukan jual beli dengan mereka mahupun menyertai perniagaan mereka adalah terhad kepada perkara yang tidak boleh mengancam agama Islam serta perkara-perkara yang akan membantu secara langsung dalam urusan menegakkan syiar agama mereka. Ini adalah kerana tindakan tersebut dianggap seperti tolong-menolong dalam kemaksiatan. Allah SWT berfirman:
Surah al-Maidah (2)
Bagaimana pula bermuamalat dengan kumpulan ajaran sesat? Apabila membeli barang yang dikeluarkan oleh kumpulan ajaran sesat maka ia akan menjadi sumber keuntungan kepada kumpulan tersebut dan menguatkan lagi ekonomi mereka. Maka muamalat dengan mereka perlu dielakkan dan mengambil kaedah Sadd al-dharai’.
Sadd bermaksud mengangkat dan menghalang. Manakala aldharai’ dari segi bahasa berasal daripada kata jamak bagi al-dhari’ah. Al-dhari’ah ialah jalan-jalan atau perantaraan (wasilah) yang membawa wujudnya sesuatu sama ada mendatangkan kebaikan (maslahah) mahupun keburukan (mafsadah) baik perbuatan mahupun perkataan. Maka maksud Sadd al-dharai’ iaitu menghalang jalan-jalan yang membawa kerosakan atau kemudaratan. Secara asasnya hukum jual beli adalah harus, namun apabila melalukan jual beli bersama kumpulan ajaran sesat, ia seolah-olah menyokong akan kesesatan tersebut. Konsep mencegah daripada kerosakan, diakui lebih efektif setelah berlaku sesuatu keburukan. Kaedah seperti ini amat diperlukan bagi menghadapi fenomena-fenomena baru yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita masa kini.
Dari segi hukum jual beli dengan kumpulan ajaran sesat pun Islam telah melarang apatah lagi yang melibatkan perniagaan yang tidak patuh syariah. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah banyak berkongsi maklumat berkaitan harta tidak patuh syariah dan kaedah pelupusan kepada Baitulmal MAIS. Maka MAIS mengajak masyarakat mengambil cakna dalam menjalankan aktiviti perniagaan secara patuh syariah dalam memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Edisi