Harta Berkat, Jiwa Sihat
Marta Berkat, Jiwa Sihat. Betulkah perumpamaan ini? Mari sama-sama kita rungkaikan demi kebaikan bersama.
Umat Islam dituntut untuk mencari rezeki yang halal bukan sahaja untuk kebaikan di dunia malahan kebaikan di akhirat. Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah SWT, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”.
Dapat dilihat di sini bahawa Allah SWT telah memerintahkan kepada hambaNya, mencari rezeki yang halal akan menjamin kebaikan diri dan orang yang berada di sekeliling. Apakah tanda-tanda keberkatan dalam rezeki? Terdapat tujuh (7) tanda keberkatan dalam rezeki seseorang Islam itu.
1. Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat 2 Dengan Allah SWT.
2. Hati Semakin Rasa Tenang.
3. Menjadi Insan Yang Pemurah.
4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.
5. Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.
6. Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.
7. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.
Kadang kala mungkin kita tidak cakna dengan sumber pendapatan yang diperolehi. Ada yang dilihat sebagai patuh syariah dan ada juga dikategorikan sebagai tidak patuh syariah. Bagaimana harta atau wang yang dimiliki itu tidak patuh syariah? Oleh yang demikiankita hendaklah sentiasa menyemak pendapatan kewangan kerana bermula dengan pendapatan kita, di situlah keberkatan dikira.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ada menyediakan perkhidmatan melupuskan atau melunaskan wang tidak patuh syariah. Pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan dalam menyampaikan dakwah dan memberikan pencerahan bagi melunaskan harta atau wang tidak patuh syariah. Kita boleh merujuk di laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my untuk memulakan langkah dalam mencari keberkatan dalam memperolehi rezeki yang halal dan patuh syariah. Yakinlah hanya dengan halal hidup lebih berkat. Edisi