Kenali Masjid Di SelangorNGOi

USAHASAMA ARISMA DAN MAIS

Bantu Bimbing Remaja Autisme Dan Golongan OKU

Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA) telah berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) sejak 25 November 2016.

Oleh

Encik Shahrul Effendy bin Md Saat (fendy@mais.gov.my)
Eksekutif Perhubungan Awam & Khidmat Pelanggan, MAIS

Pendaftaran ini telah membawa kepada kerjasama akrab antara ARISMA dengan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan lain-lain.

ARISMA beroperasi di Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor kini mempunyai lebih 20 kanak-kanak remaja istimewa berumur di antara 13-18 tahun. Mereka terdiri daripada kategori autisme tahap “severe” dan memerlukan sokongan secara rutin yang tersusun, kaedah pengajaran yang sistematik dan usaha yang konsisten. Sebahagian daripada mereka terdiri dari keluarga dalam golongan B40 dan asnaf.

ARISMA membantu remaja-remaja autisme dengan kemahiran kendiri seperti kemahiran menguruskan diri, kemahiran berinteraksi dengan persekitaran sekeliling dan kemahiran sosial. Antara tujuan menyertai MAIS adalah membantu dan bersama MAIS dalam menyokong visi dan misi MAIS.

LATAR BELAKANG ARISMA

ARISMA telah secara rasmi diperbadankan pada 24 Julai 2014 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan Jabatan Perdana Menteri (PPAB – 29/2014).

Sebagai sebuah organisasi yang bukan berdasarkan keuntungan (NPO), ARISMA memfokuskan membantu golongan OKU masalah pembelajaran dan autisme dengan menyediakan bengkel terlindung, latihan kendiri dan kemahiran vokasional.

Objektif penubuhan meliputi:

  1. Menyediakan Bengkel Terlindung “Sheltered Workshop” untuk remaja Autisma yang tidak berkemampuan untuk bekerja di luar.
  2. Mengendalikan program “centre-to-work place” yang bertujuan untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian.
  3. Melatih bakal majikan dan rakan sekerja yang terlibat dengan program tertentu.
  4. Menyediakan remaja Autisma dengan kemahiran vokasional; bercucuk tanam, menternak binatang, membuat roti dan pastri, kerja-kerja katering, kerja-kerja dobi dan pengendalian kaunter.
  5. Memperkasakan remaja Autisma dengan mahiran kendiri; kemahiran mengurus diri; kemahiran berinteraksi dengan persekitaran sekeliling dan kemahiran sosial berteraskan Islam.
  6. Menjadi pusat penyelidikan untuk program latihan remaja Autisma melalui kerjasama tenaga akademik Permata Kurnia.
  7. Menghasilkan modul kemahiran kendiri dan kemahiran vokasional untuk memenuhi keperluan remaja Autisma.

TERIMA SUMBANGAN MAIS
Selain aktif dalam membantu remaja-remaja Autisma, ARISMA merupakan PIBK yang menerima sumbangan dan bantuan dari MAIS.

Sumbangan diberikan berdasarkan komitmen pertubuhan dalam membantu memperkasakan remaja autisme selain diukur mengikut Penilaian Prestasi Keberkesanan Laporan Program PIBK MAIS bagi tempoh setahun.

Sehingga kini, jumlah PIBK di bawah MAIS pada tahun 2024 adalah sebanyak 93 buah PIBK. Kesemua PIBK tersebut dibahagikan kepada 10 Kluster iaitu Kluster Dakwah & Islah, Kluster Pemantapan Akidah, Kluster Pemerkasaan Halalan Toyyiban, Kluster Pendidikan Islam dan Kluster Pembangunan Muallaf, Kluster Pendidikan Islam, Kluster Pemulihan Riqab, Kluster Kebajikan Fakir dan Miskin, Kluster Kebajikan Anak Yatim, Kluster Pembangunan Kekeluargaan Islam dan Kluster Amal Makruf Nahi Mungkar. Masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut perkembangan aktiviti Arisma, boleh menghubungi di talian 012-229 0403 dan laman media sosial facebook Arisma-Akademi Remaja Islam Autisma. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button