Demikianlah. Atas pelbagai alasan, ramai orang merasakan mereka enggan mengikut fatwa semasa. Mereka lupa, mereka juga sebenarnya telah ‘berfatwa’ mengikut kehendak diri mereka sendiri. Akhirnya jadilah, “Tang ni, aku ikut pendapat ni. Tang tu, aku ikut pendapat tu.”
Fatwa bukanlah mainan. Ia hanya boleh dikeluarkan oleh ahli ilmu, yang menguasai nas dari al-Quran dan as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Juga mampu memadukan kekuatan akal, serta menyesuaikannya dengan keperluan semasa.
Ingat, berdosa mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa memberi fatwa tanpa berdasarkan ilmu, maka dosanya ditanggung oleh orang yang memberi fatwa kepadanya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Atas dasar itu, orang awam tidak dibebankan untuk berdalil dan berfatwa dalam serba-serbi amalannya. Orang awam boleh menyandarkan amalan mereka kepada fatwa yang telah dikeluarkan. Demi memahamkan umat, isu fatwa diangkat dalam Edisi kali ini. Selamat membaca
Masyarakat kita ada dua kategori. Golongan pertama, terlebih alim daripada mufti dan Jawatankuasa Fatwa; golongan kedua tidak kisah langsung tentang fatwa. Golongan pertama sering mempertikaikan fatwa. Golongan kedua, sering meringankan fatwa. Jadilah, golongan pertama berani menolak fatwa, misalnya menolak fatwa zakat pendapatan. Golongan kedua, mengabaikan fatwa, misalnya fatwa pengharaman rokok
Definisi Fatwa
Objektif Fatwa
Konsep Fatwa
FATWA DAN PEMERINTAHAN
Umat Islam hendaklah sedar bahawa biar pun banyak fatwa yang terdapat dalam sesuatu isu, namun apabila ada fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh JKFNS, maka ia menjadi ‘tali’ yang mengikat semua pendapat itu. Baharulah kesatuan ummah akan terhasil.
PRINSIP PENGGUBALAN FATWA
- Ketetapannya adalah untuk memenuhi maslahat ummah terbanyak. Sebab itulah fatwa zakat pendapatan misalnya diwajibkan, kerana dengan melaksanakannya ia memberikan manfaat yang sangat besar kepada umat Islam.
- Ketetapan fatwa pemerintah mengangkat khilaf atau pertikaian kalangan umat. Jika tidak ada suatu ketetapan yang boleh dipegang, maka umat Islam akan terus bertegang urat mempertahankan pandangan masing-masing.
- Fatwa juga mesti bersifat responsif dan memenuhi keperluan. Maka, fatwa yang dikeluarkan adalah demi melepaskan umat dari belenggu kesalah-fahaman dengan segera.
- Fatwa juga boleh berubah mengikut keperluan zaman dan tempat. Maka, sebab itu fatwa di negara kita mengambil kira keperluan setempat, misalnya fatwa harta sepencarian yang tidak wujud di negara lain tetapi ada di negeri kita.
Fatwa dikeluarkan apabila adanya keperluan, sama ada atas permintaan pihak masyarakat umum, atau atas justifikasi JKFNS sendiri, ataupun atas arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri ini. Umat Islam sebenarnya boleh mengajukan permintaan sesuatu fatwa dengan menulis surat dan dialamatkan kepada Mufti mengenai sebarang persoalan yang belum muktamad atau atas sebarang isu yang boleh menimbulkan kontroversi berkaitan dengan hukum syarak.
KESIMPULAN
Fatwa yang dikeluarkan bukanlah bersifat semberono. Ia mempunyai tujuan yang baik, iaitu mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Selain itu, fatwa juga bertanggungjawab memacu kehidupan umat Islam menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan. Sebab itu fatwa wajib ditaati. Edisi