TABUNG INFAK JARIAH TABUNG INFAK JARIAH UMAH ISLAM SELANGOR

Tabung Infak Jariah Umah Islam Selangor (TIJARI). TIJARI merupakan tabung yang telah ditubuhkan bagi mengakaunkan semua hasil kutipan infak umat Islam di Negeri Selangor, sumber hasil sewaan atau apa-apa hasil yang dikenakan dengan cara lain ke atas aset dan tanah / strata yang berada di bawah kawalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sumbangan atau manfaat tunai daripada mana-mana pihak.
TIJARI diwujudkan bagi menggantikan Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor (TAPIS) yang telah diwujudkan sebelum ini di bawah Seksyen 9(3), Akta Tatacara Kewangan 1957. Perkara ini dilaksanakan sepertimana titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertarikh 10 Mac 2020 berhubung penubuhan TIJARI.
VISI
Merealisasi Model Infak Terbaik di Malaysia
MISI
Menjadikan Ibadah Infak lebih Mudah, Dinamik, Efisien dan Berintegriti
MOTO
Merealisasi Ekuiti Ukhrawi
Penerimaan sumber atau wang pendapatan TIJARI adalah melalui sumber yang berikut:
i) Sumbangan sektor swasta/yayasan/pertubuhan/badan berkanun tempatan atau antarabangsa
ii) Sumbangan tahunan masjid dan surau
iii) Pungutan Khairat
iv) Sumbangan awam melalui transaksi digital
v) Infaq awam melalui tabung-tabung yang disediakan di mana-mana premis
vi) Sumber hasil sewaan ke atas aset dan tanah / strata
vii) Sumber hasil yang dikenakan dengan cara lain ke atas aset dan tanah / strata
viii) Pelaburan / Strata
ix) Potongan gaji daripada pegawai awam atau swasta
x) Terimaan daripada lain-lain agensi termasuk Kerajaan atau swasta yang mahu menyumbang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung
Manfaat dana TIJARI untuk ummah khususnya di Negeri Selangor adalah seperti yang berikut:
01 Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah (ASWJ)
Manfaat dana TIJARI digunakan bagi memperkasakan penerangan ASWJ, mempertingkatkan kefahaman ASWJ dan menangani ancaman akidah semasa dalam memelihara akidah umat Islam yang hak dan muktamad.
02 Pemerkasaan Syiar dan Keagungan Islam
Manfaat dana TIJARI digunakan bagi membantu program pengukuhan persaudaraan Islam, membantu membiayai aktiviti penerbitan dan membantu melaksanakan keseimbangan program amar makruf nahi mungkar.
03 Pemantapan Ilmu dan Pendidikan
Membantu pelaksanaan program intervensi dan motivasi untuk membentuk individu sebagai moderator dalam menangani permasalahan ummah setempat.
04 Pengupayaan Peranan dan Fungsi Institusi Islam
Membiayai program-program kajian dan penyelidikan untuk kepentingan Islam dan umat Islam.
Membiayai program latihan dan peningkatan profesionalisme pegawai awam dan guru yang berkhidmat di bawah institusi agama Islam di Negeri Selangor.
05 Pemerkasaan Agenda Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Memberi bantuan segera kepada individu, keluarga dan Masyarakat meliputi keperluan asas akibat himpitan kemiskinan, tekanan dan cengkaman pihak-pihak tertentu, keperluan kecemasan akibat musibah, bencana dan malapetaka.
06 Pemberdayaan Sosio Ekonomi
Memberi bantuan untuk mengembangkan kemahiran ke arah meningkatkan sosio ekonomi umat Islam
Menyalurkan bantuan modal tunai atau kelengkapan asas bagi memulakan, meneruskan atau memulihkan status sosio ekonomi umat Islam
07 Perbelanjaan Lain dan Bantuan Pelbagai
Menetapkan peruntukan tertentu bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Tabung
Melaksanakan apa-apa bentuk atau perbelanjaan memberikan apa-apa bantuan yang difikirkan sesuai dengan tujuan penubuhan Tabung ini.
TIJARI turut menjalankan aktiviti dan program di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
- TIJARI telah berjaya mengumpul dana sumbangan untuk Palestin (Pray For Gaza) yang berjumlah lebih RM4 juta dalam tempoh 41 hari. Sumbangan telah disampaikan oleh DYMM Sultan Selangor kepada Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusof.
- TIJARI melaksanakan Majlis Penyerahan Sumbangan Jentera Pengorek Kaut berjumlah RM 100,000.00. Sumbangan telah disampaikan oleh tetamu kehormat YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Orang Besar Daerah Klang. Edisi

