Kenali Masjid Di SelangorNGOi

KERJASAMA NGOi MAMPU PERTAHAN KESUCIAN ISLAM DI SELANGOR

Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) atau dikenali sebagai NGOi yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perlu bersikap proaktif dan bersepadu dalam menyatakan pendirian berhubung isu semasa ummah, khususnya bagi mempertahankan kesucian agama Islam.

Oleh

Encik Shahrul Effendy bin Md Saat (fendy@mais.gov.my)
Eksekutif Perhubungan Awam & Khidmat Pelanggan, MAIS

Peranan NGOi banyak membantu MAIS dalam menggerakkan aktiviti perkembangan dakwah dan penyebaran Islam di negeri ini.

Antara peranan dan tanggungjawab adalah mereka seharusnya berada pada tahap yang diharapkan MAIS iaitu peka dengan setiap isu dibangkitkan dan bersama-sama membincangkan cara untuk mengatasinya. Selain itu, NGOi juga diingatkan supaya mengamalkan sikap saling hormat menghormati dalam kepelbagaian pandangan dan bertindak secara bersepadu.

NGOi sentiasa membantu MAIS dalam melaksanakan tanggungjawab dengan mengatur aktiviti dan program secara berkala bagi menjadikan masyarakat lebih memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Keberkesanan mereka menyampaikan Islam melihatkan komitmen yang diberikan dalam mempertahankan nilai murni dan kepentingan Islam serta umat sejagat. Sehubungan itu, sejak tahun 2006 lagi, MAIS telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan semua pertubuhan Islam bukan kerajaan (ABK) yang aktif di negeri Selangor. Pendaftaran ini dilaksanakan bagi membantu mereka dari segi kewangan, penyelarasan aktiviti dan memantau pelaksanaan program PIBK di seluruh Selangor.

PERANAN NGOi KEPADA MAIS

NGOi yang berdaftar dengan MAIS berperanan
seperti berikut:

  • Menjaga, mempertahankan dan memartabatkan kesucian agama Islam;
  • Mengutamakan kepentingan Islam berdasarkan Maqasid Syariah;
  • Menangani isu akidah dan sosial secara proaktif dan bersepadu;
  • Membina jaringan kerjasama, saling menghormati dan membantu satu sama lain;
  • Membangunkan masyarakat Islam yang Sejahtera di Negeri Selangor berpandukan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  • Mengusahakan, memperbaiki, mengukuhkan silaturahim dan ukhuwah Islamiah dengan mengelakkan perpecahan dan perbalahan.

Sehingga kini, jumlah PIBK di bawah MAIS pada tahun 2024
adalah sebanyak 93 buah PIBK. Kesemua PIBK tersebut
dibahagikan kepada 10 Kluster iaitu:

  • Kluster Dakwah & Islah
  • Kluster Pemantapan Akidah
  • Kluster Pemerkasaan Halalan Toyyiban
  • Kluster Pendidikan Islam & Kluster Pembangunan Muallaf
  • Kluster Pendidikan Islam
  • Kluster Pemulihan Riqab
  • Kluster Kebajikan Fakir dan Miskin
  • Kluster Kebajikan Anak Yatim
  • Kluster Pembangunan Kekeluargaan Islam
  • Kluster Amal Makruf Nahi Mungkar

Antara PIBK yang berdaftar di bawah MAIS ialah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS); Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS); Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS); Islamic Relief Malaysia (IRM); Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global (MCG) dan Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD).

Secara kesimpulannya, peranan PIBK atau NGOi ini dilihat dapat membantu MAIS dalam mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang suci adalah sangat diharapkan. Kerjasama yang baik antara pihak berkuasa dan NGOi dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak dalam memastikan tanggungjawab untuk menjaga, mempertahankan dan memartabatkan kesucian agama Islam secara bersepadu dapat dilaksanakan. Walluhua’lam. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button