Gen Q

UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS) DESTINASI ILMU PILIHAN

Istiadat Pemasyhuran Universiti Islam Selangor (UIS) telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 19 Julai 2025. Pemasyhuran ini telah melakarkan sejarah penting Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah ditubuhkan hampir 3 dekad bermula dengan KISDAR, KUIS dan kini dikenali dengan UIS.

Oleh

YBrs. Dr. Haji Halim bin Mokhtar (halim@uis.edu.my)
Pensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam,
Universiti Islam Selangor (UIS)

Pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, sebagai Canselor pertama UIS, pelantikan YAD Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin sebagai Pro-Canselor I dan YAD Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa sebagai Pro-Canselor II telah membuktikan komitmen Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam membangunkan UIS sebagai Universiti Islam yang memiliki visi, misi dan falsafah pendidikan Islam yang holistik.

UIS di bawah kepimpinan Naib Canselor YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dengan moto “Peneraju Tradisi Ilmu” telah menyediakan alternatif terbaik kepada generasi muda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dengan tekad melahirkan lebih ramai Da’i, Ulama dan Umara.

UIS menyedari fenomena segelintir generasi muda tidak mahu belajar selepas tamat persekolahan. Antara faktor yang dikaitkan ialah pengaruh media sosial dan gaya hidup yang glamour menawarkan kejayaan “segera“ sebagai influencer, streamer, tik tokers, content creator atau selebriti media sosial. Di samping itu faktor persepsi negatif bahawa tiada jaminan pekerjaan selepas tamat belajar dan tak perlu belajar untuk berjaya dalam hidup. Semua ini adalah cabaran semasa dalam pendidikan.

UIS memartabatkan ilmu sebagai asas utama dalam pembinaan tamadun manusia dan kewajipan dalam kehidupan. Membentuk pemikiran dan keperibadian berdaya saing serta memberi sumbangan kepada pembangunan Agama, Bangsa, dan Negara. Menyeru dan mengajak generasi muda untuk melengkapkan diri dengan ilmu demi masa depan yang lebih cemerlang.

UIS menawarkan platform untuk melanjutkan pengajian daripada lulusan SPM, STAM, STPM dan Diploma khususnya generasi muda, anak-anak asnaf dan muallaf ke peringkat yang lebih tinggi dengan menawarkan 79 program dalam pelbagai bidang pengajian dan disiplin ilmu bermula daripada peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah memenuhi standard dan kelulusan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Pensijilan SIRIM ISO MS 9001: 2015 sebagai penanda aras kualiti dan piawaian mutu perkhidmatan.

UIS komited membangunkan generasi muda sebagai agent of change iaitu aset utama negara dengan berpaksikan Islam is a way of life dan mendasari fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pemerkasaan adab dan Ilmu, landskap akademik yang berkualiti, kepakaran Pensyarah, prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kondusif. Mengutamakan kebajikan dan kemudahan kediaman pelajar sepanjang sesi pengajian serta memartabatkan Institusi Masjid Al-Azhar sebagai nadi pembangunan mahasiswa.

UIS dengan penuh rasa tanggungjawab menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda di peringkat nasional dan antarabangsa ke arah pembangunan insan yang kompeten dan kompetitif dalam arus ledakan IR 4.0. Sokongan daripada para pemimpin, para guru, para Ibu bapa dan komuniti amat diharapkan untuk UIS menjadi destinasi ilmu pilihan generasi muda demi memartabatkan ketinggian ilmu sebagai asas pembangunan insan dan kemajuan negara. Sesungguhnya wajah negara pada masa akan datang adalah wajah generasi muda pada hari ini. Ilmu bukan pilihan tetapi kewajipan. Teruskan jihad Ilmu bersama kami di Universiti Islam Selangor. #universitiimpiansemua #kamipilihUIS #jommasukUIS. Edisi

Related Articles

Back to top button