SAUDAGAR NANAS – MANFAATKAN TANAH WAKAF
Tidak keterlaluan apabila dikatakan pusat pelancongan agro di Sungai Merab, Selangor ini disifatkan syurga pencinta nanas.
Sebaik tiba di pintu masuk, anda akan disajikan dengan saujana pemandangan hijau rimbunan pokok nanas yang melatari suasana, namun tarikannya tidak terhenti di situ.
Pemanduan mendaki bukit kemudian membawa pengunjung ke kafe yang pastinya akan membuatkan mereka terpesona dengan pemandangan sekitar Bangi yang boleh dilihat dari kawasan itu.
Tidak cukup dengan itu, rasai keenakan aneka produk berasaskan nanas seperti karipap nanas, nasi lemak sambal nanas, jus nanas dan pelbagai pemanis mulut daripada buah berkenaan.
Bagi pemiliknya, Mohd Noorhardy Mohd Noorzain, Saudagar Nanas Agrofarm adalah menjadi impian saya sebenarnya untuk menjadikan nanas sebagai sebuah produk pelancongan agro walaupun saya tidak memiliki latar belakang dalam bidang pertanian.
PERMULAAN PERNIAGAAN
‘Sebenarnya saya telah memulakan perniagaan telah lama dan telah mencuba beberapa kali namun tidak membuahkan hasil dan sehingga pada tahun 2017 apabila saya bertemu dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mempelawa kepada saya untuk mengusahakan tanah wakaf ini bagi tujuan pertanian’.
‘Pada ketika itu saya berazam pada diri saya, Insya-Allah akan dipermudahkan urusan kerana mengusahakan tanah wakaf dan PWS banyak membantu mempermudahkan urusan sewaan pada ketika itu’.
‘Sehingga hari ini, saya amat-amat terhutang budi dengan PWS dan saya sangat berbangga dapat mengusahakan tanah wakaf ini, Alhamdulillah perniagaan saya berjalan dengan lancar dan maju’.
PENERIMAAN MANFAAT SEWAAN
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) juga mengagihkan manfaat sewaan daripada Saudagar Nanas ini kepada Masjid Sungai Ramal Luar, seperti mana yang diniatkan oleh pewakaf.
“Saya amat teruja apabila ditawarkan untuk membangunkan tanah wakaf ini, secara tidak langsung saya telah memanfaatkan tanah wakaf ini dan jariah telah dipanjangkan seperti mana yang telah diniatkan oleh pewakaf”
‘Sebenarnya apabila kita membangunkan sesuatu atas tanah wakaf ini, ianya secara peribadi kita akan rasa selesa dan tenang, sebab kita mengusahakan harta Allah SWT dan kita yakin rezeki Allah akan beri atas usaha kita ini, Insya-Allah’
DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERANGKAT HADIR
Saudagar Nanas Agrofarm turut dipilih sebagai salah satu lokasin jelajah Rumpun Selangor daerah Sepang yang mana DYTM Raja Muda Selangor berkenan berangkat mencemar duli untuk santapan tengah hari dan menyaksikan sendiri lokasi tanah bwakaf yang dibangunkan oleh Saudagar Nanas ini.
Keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor ke Saudagar Nanas memberikan satu inspirasi kepada Mohd Noorhardy Mohd Noorzain untuk terus giat memperkasakan perniagaan Saudagar Nanas Agrofarm ini.
PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) TURUN PADANG KE SAUDAGAR NANAS
Alhamdulillah dengan sokongan daripada pengurusan tertinggi MAIS dan juga PWS, kini Saudagar Nanas menjadi salah satu tarikan pelancong dan juga tempat tumpuan untuk menikmati kesegaran nanas yang sebenar.
Tidak ketinggalan YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS hadir ke Saudagar Nanas dalam rangka Program Turun Padang Pengerusi MAIS Ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat bersama ketua-ketua dan wakil-wakil agensi Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor.
PENGUNJUNG LUAR NEGARA TURUT HADIR
Bukan sahaja orang tempatan, namun Saudagar Nanas juga menjadi daya tarikan pelancong asing hadir dan merasai sendiri keenakan buah nanas yang ditanam di sini. Antara pelancong asing yang hadir rata-ratanya adalah dari Negara China, Singapura, Thailand, New Zealand serta Indonesia. Terdapat juga beberapa negara dari Benua Afrika yang turut hadir di kalangan pelancong mereka. Edisi