Kemusykilan Umat

PENGAGIHAN ZAKAT MERENTASI SEMPADAN

Zakat merupakan satu kewajipan bukan sahaja kepada individu malah juga merupakan salah satu sistem kewangan dalam masyarakat Islam yang dipantau perlaksanaannya oleh pihak pemerintah dan diuruskan secara sistematik oleh pihak dipertanggungjawabkan sama ada daripada segi kutipan mahupun agihan. 

KEWAJIPAN BERZAKAT

Secara asasnya, mengeluarkan zakat merupakan rukun Islam keempat yang menjadi tonggak utama pemangkin ekonomi dan menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik. Medium zakat ini penting supaya kekayaan harta orang kaya dapat diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya: (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dalam kalangan kamu.

MENTAATI PEMERINTAH DALAM URUSAN PEMBAYARAN ZAKAT

Dari segi siyasah syar’iyyah dan maslahah, para fuqaha bersepakat bahawa ulil amri atau pemerintah mempunyai kuasa untuk mengutip zakat dan menetapkan peraturan demi menjaga kepentingan pengurusan zakat. Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Taubah ayat 103:

Maksudnya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Berdasarkan perkataan yang merujuk kepada maksud “ambillah” dalam ayat di atas para ulama bersepakat ia merupakan satu bentuk arahan kepada pihak pemerintah supaya bertanggungjawab menguruskan kutipan zakat ini[3]. Menurut Imam al-Nawawi, pemerintah wajib untuk melantik amil untuk memungut zakat[4]. Pemerintah juga hendaklah menguruskan kutipan dan agihan zakat dengan sistematik dan tersusun bagi memastikan zakat disalurkan kepada asnaf yang benar-benar layak dan memerlukan.

Hujah pembayaran zakat kepada pemerintah ini juga dikukuhkan lagi dengan hadis Rasulullah SAW yang telah melantik Muaz bin Jabal sebagai pengurus zakat di negeri Yaman di samping bertanggungjawab mengembangkan dakwah Islam kepada orang-orang di sana. Sabda Baginda SAW:

Maksudnya: Beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan solat ke atas mereka lima waktu sehari semalam. Jika mereka mematuhi perkara itu zakat ke atas mereka yang diambil daripada orang kaya lalu diagihkan-agihkan kepada orang fakir di kalangan mereka. (Riwayat Muslim)

Justeru, tindakan mengagihkan sendiri zakat tanpa melalui wakil yang dilantik pemerintah adalah melanggar undang undang di bawah Seksyen 21, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 menyatakan:

boleh dikenakan hukuman jika sabit kesalahan. Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi

(b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana mana pihak lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tunaikanlah zakat melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS), kami memastikan setiap zakat anda disalurkan kepada lapan asnaf dengan amanah. Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan LZS, hubungi talian zakat Selangor 1-300-88-4343. Insya Allah, kami bersedia membantu dan menyantuni anda. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button