ORANG YANG DIBERIKAN KEUZURAN TIDAK BERPUASA RAMADHAN

Alhamdulillah kita dapat bertemu kembali melalui EDISI MAIS keluaran Bil 1/2025 dan pada keluaran kali ini saya ingin berkongsi mengenai tajuk, “Orang Yang Diberikan Keuzuran Tidak Berpuasa Ramadhan”
Puasa pada bulan Ramadhan merupakan perbuatan yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Namun, ada juga yang kurang bernasib baik kerana tidak mampu untuk melakukan amalan ini kerana menghadapi masalah kesihatan.
Siapakah Golongan Yang Diberi Keuzuran Untuk Tidak Berpuasa?
1. WANITA YANG DALAM KEADAAN HAID & NIFAS
Para ulama telah bersepakat bahawa wanita yang dalam keadaan haid diharamkan baginya untuk berpuasa. Sekiranya dia tetap berpuasa maka puasanya adalah tidak sah. Sama ada puasa tersebut merupakan puasa wajib, sunat, kaffarah, ataupun nazar. Wajib ke atas mereka untuk menggantikan puasa ini apabila mereka suci dari haid.
2. ORANG YANG DALAM KEADAAN SAKIT
Sekiranya seseorang itu berpuasa dan boleh memberi kemudaratan terhadap pesakit dan boleh membawa kematian, maka beliau diwajibkan untuk berbuka puasa. Namun begitu, hendaklah kita mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu berbuka puasa ataupun tidak. Tetapi, sekiranya seseorang itu hanya menghadapi sakit yang ringan dan tidak memberi kesan yang besar terhadap kesihatannya, maka seseorang itu diwajibkan berpuasa dan tidak harus baginya untuk berbuka puasa.
Orang yang sakit diberikan keringanan untuk berbuka puasa (tidak berpuasa). Apabila dia sihat semula maka wajib ke atasnya untuk menggantikan puasanya yang ditinggalkan tersebut. Walaupun begitu, ada syarat bagi kategori sakit yang dibenarkan berbuka antaranya ialah;
Walaupun seseorang itu tidak berpuasa kerana masalah kesihatan, maka diwajibkan keatas dirinya untuk membayar Fidyah.
3. ORANG YANG SEDANG BERMUSAFIR
Orang yang sedang dalam permusafiran diberikan rukhsah (keringanan) untuk berbuka (tidak berpuasa). Apabila dia berbuka, menjadi suatu kewajipan ke atas dirinya untuk menggantikannya (qadha’) pada hari yang lain. Akan tetapi permusafiran ini juga mempunyai beberapa kriteria untuk menjadikan ia suatu yang mengharuskan berbuka puasa. Antaranya adalah seperti berikut;
4. SESEORANG YANG MELIHAT ANAK BULAN SYAWWAL
Diriwayatkan dari Ibn Umar r.anhuma beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;
“Apabila kalian melihatnya (anak bulan) maka berpuasalah dan apabila kalian melihatnya (anak bulan syawwal) maka berbukalah (raya sudah tiba).” (Hadis Riwayat Muslim)
Ketika mengulas hadis ini, kata Imam al-Son’aani Rahimahullah;
“Jika seseorang yakin dia telah melihat anak bulan Syawwal, maka dia boleh untuk berbuka (tidak berpuasa), dan sebaiknya dia sembunyikan hal itu, bertujuan untuk memelihara hamba (orang ramai) dari mereka berburuk sangka dengannya lalu mendapat dosa. (Rujuk Subul as Salam)
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat menjadi panduan kepada masyarakat awam dalam isu yang dikongsikan. Pihak MAIS menyediakan kemudahan menunaikan fidyah kepada mereka yang keuzuran tidak berpuasa. Edisi