MUHASABAH AKHIR TAHUN

Alhamdulillah bertemu kembali dalam EDISI MAIS keluaran Disember 2025, pada keluaran ini saya ingin berkongsi tajuk, “Muhasabah Akhir Tahun”.
Tahun silih berganti datang dan pergi, menjadi kelaziman apabila datangnya tahun baru, maka setiap daripada kita akan mensasarkan azam baru. Malangnya, apabila tirai tahun mulai berlabuh, tidak ramai yang akan bermuhasabah tentang pencapaian azam. Sehubungan dengan itu, saya terpanggil untuk mengupas secara ringkas perkara tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan muhasabah akhir tahun? Muhasabah akhir tahun adalah proses introspeksi diri dan evaluasi terhadap amalan dan perilaku yang telah dilakukan selama setahun untuk mempersiapkan diri menjadi pribadi yang lebih baik di tahun mendatang. Dalam perspektif Islam, muhasabah ini mendorong seseorang untuk mengenang kebaikan dan keburukan diri, memperbaiki kekurangan, meningkatkan keimanan, dan memperbanyak amal soleh agar meraih keredhaan Allah SWT.
Sejauh manakah Key Perfomance Indicator (KPI) tercapai? Kelazimannya kita berbicara mengenai KPI duniawi, lalu bagaimana dengan KPI ukhrawi? Kita semakin menghampiri akhir zaman dan masa dirasakan begitu singkat dari hari ke sehari.
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
“Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Justeru, mengambil manfaat sebelum berlabuhnya tirai akhir tahun 2025 ini, marilah masing-masing bermuhasabah berkaitan amalan ukhrawi;
Amalan 1

Amalan 2

Amalan 3

Amalan 4

Kesimpulannya, pastikan kita dapat bermuhasabah khususnya amalan akhirat sebelum tirai tahun ini berlabuh dan berazam untuk meningkatkan amalan pada tahun hadapan. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan agensi dibawahnya sentiasa menyediakan peluang peluang bagi menambahkan amalan samada membayar Fidyah, Wasiat dan Faraid melalui MAIS, berzakat melalui LZS, berwakaf melalui PWS, meyantuni anak yatim melalui YIDE dan agensi-agensi Islam yang lain.
Manfaatkan majalah EDISI MAIS sebagai wadah ilmu yang bermanfaat. Moga menjadi asbab kebaikan. Edisi



