Isu

MERAIKAN PERAYAAN YANG PELBAGAI: INI TIPSNYA

Memeluk Islam bermakna menukar akidah atau kepercayaan dalam ketuhanan hanya kepada Allah SWT. Tidak ada Tuhan yang berbilang-bilang. Tidak ada juga Tuhan yang berkongsi kekuasaan. Solid, hanya Allah SWT segala-galanya. 

Namun begitu, memeluk Islam bukan bermakna keluar dari bangsa dan budaya. Jika seorang itu asalnya berketurunan Cina, memeluk Islam bukan bererti dia keluar dari bangsa dan budaya Cina. Jika dia seorang Cina, India atau bangsa apa pun, maka kekallah dengan budayanya, selagi mana, budaya dan cara hidup itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Ketika orang-orang Cina di Tanah Besar China memeluk Islam, ribuan tahun silam lebih awal dari Tanah Melayu, mereka menukar akidahnya bukan budayanya. Makan dengan kayu penyepit misalnya, itu budaya. Namun berjudi dan minum arak, dek kerana bertentangan dengan Syariat Islam, maka ia dihentikan.

Demikianlah juga dengan perayaan yang disambut oleh kaum Cina, India, Orang Asal, Iban, Kadazan, Dusun, Dayak dan sebagainya. Asas kepada boleh ataupun tidak perayaan itu disambut, adalah dengan melihat apakah ia bertepatan atau bercanggah dengan Syariat Islam.

Berikut adalah antara tips yang wajib dipatuhi

Majlis tidak disertakan dengan sebarang upacara yang bertentangan dengan akidah Islam (melibatkan penyembahan Tuhan atau dewa dewi misalnya).
Majlis tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan Syarak (minum arak misalnya).
Majlis tidak disertakan dengan ‘perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam’ (percampuran jantina bukan mahram tanpa batas misalnya.
Majlis tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh ‘menyentuh
sensitiviti masyarakat Islam’ (misalnya mempermainkan Allah SWT dengan melukis rupa-Nya).

Di Selangor, dengan kewujudan Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), maka semua keraguan mengenai perayaan agama-agama lain boleh diajukan terus dengan menghubungi talian 03-5514 3739 untuk penjelasan lanjut. Wallahua’lam. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button