Kenali Masjid Di Selangor

Masjid Di Raja Selangor

Penetapan suatu masjid sebagai masjid kariah atau masjid pengurusan merupakan hak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang bertujuan untuk menaiktaraf pengurusan masjid di Negeri Selangor. Oleh kerana itu, di peringkat pelaksanaannya terdapat beberapa kategori masjid yang diklasifkasikan sebagai masjid pengurusan iaitu :

Oleh

En. Mohd Hafz Bin Abdul Salam (hafzsalam@mais.gov.my)
Ketua Pusat Penyelidikan, MAIS
1 Semua Masjid Diraja
2 Semua Masjid Daerah
3 Sebahagian masjid kariah yang menghadapi masalah serta konfik dengan ahli kariah.

Bagi kategori Masjid Diraja, terdapat 9 Masjid Di Raja yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor iaitu:

MASJID DIRAJA SULTAN ALA’EDDIN

Masjid Ala’eddin atau ‘Masjid Sultan Alauddin’ atau ‘Masjid Bandar’ terletak di Kampung Bandar, Jugra, Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan Sungai Langat dan Kampung Pasir Jugra. Masjid ini mula dibina seawal 1900 dan dirasmikan pada 18 Jun 1924.

MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN

Masjid Diraja Sultan Suleiman ini terletak di Bandar Klang dengan usianya yang menjangkau 90 tahun. Seni binaanya yang bercirikan Moghul dengan pengaruh seni bina Islam Moorish dan Inggeris yang direka khas oleh arkitek, L. Keste Ven menjadikan ia lain daripada yang lain. Ia telah dirasmikan pada 22 Jun 1933 oleh Sultan Selangor kelima, Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah (1898-1938). Masjid ini juga pernah diiktiraf sebagai masjid negeri Selangor sebelum Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dibina.

MASJID JAMEK JAMA’IYAH

Masjid Jamek Jamaiyyah Morib merupakan sebuah Masjid Jamek yang terletak dalam daerah Kuala Langat, Selangor. Masjid ini telah dibuka secara rasminya pada 9 Mac 1957.

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MASJID NEGERI)

Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah sebuah masjid yang terletak di Shah Alam, Selangor. Perasmiannya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988.

MASJID DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ

Masjid Diraja Sultan Abdul Aziz adalah sebuah masjid yang terletak di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Masjid ini telah dibina dan dibiayai sepenuhnya oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid yang dirasmikan oleh Almarhum sendiri pada 5 Mac 1999 mempunyai binaan yang berbentuk ala timur tengah di mana terdapat kubah besar di atas bumbung dan dua lagi kubah di setiap penjurunya.

MASJID ISTANA DIRAJA

Masjid Istana Diraja adalah sebuah masjid yang terletak di dalam Kawasan Istana Alam Shah, Klang. Pembinaan masjid ini menelan kosnya sebanyak RM9 juta. Konsep masjid telah diilhamkan dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda Sultan Selangor. Masjid ini sebahagian daripada Istana Alam Shah. Masjid ini dibuka secara rasminya pada 1 Jun 2011.

MASJID DIRAJA TENGKU AMPUAN JEMAAH

Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah atau Masjid Bukit Jelutong ini diberi nama sempena nama Permaisuri Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah dari Selangor. Baginda juga merupakan Raja Permaisuri Agung kedua Malaysia. Pembinaan masjid ini bermula dari tahun 2010 sehingga 2012 dan telah dibuka secara rasminya pada 16 Mac 2013.

MASJID DIRAJA HAJI FI SABILILLAH

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya, Sepang, Selangor menjadi masjid pertama di Malaysia menerima sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) dengan penarafan platinum. Nama masjid Raja Haji Fi Sabilillah diambil sempena adinda Raja Lumu iaitu Sultan Selangor pertama, Sultan Salehuddin (1756 – 1777). Masjid yang dibina dengan kos pembinaan RM44.3 juta itu turut menjimatkan tenaga elektrik dalam pengurusan lampu masjid. Ia telah dibuka secara rasminya pada 22 Jun 2016.

MASJID RAJA LUMU

Masjid Raja Lumu ini terletak di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dengan mengiktiraf Masjid Raja Lumu yang telah dinaik taraf dengan kos keseluruhan berjumlah RM10.4 juta sebagai Masjid Diraja yang kesembilan di negeri ini pada 6 Oktober 2022. Masjid Raja Lumu dipilih sempena nama Raja Lumu yang merupakan Sultan Selangor pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari tahun 1766 hingga 1782. Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan Selangor di Kuala Selangor dan bersemayam di atas Bukit Malawati yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Selangor.

Semua urusan dan pengurusan berkaitan masjid dan surau di Negeri Selangor adalah di bawah bidangkuasa Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) yang diwujudkan bagi mewakili MAIS bagi menunaikan tanggungjawab, kewajipan atau perjalanan kuasa-kuasa MAIS mengikut Seksyen 27 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 Pindaan 2016. JATUMS ini dikawal selia oleh Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor. Edisi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button