Viral Kini

Lelaki Minat Lelaki

“Sayang (Kasim), malam ni on ye ‘projek’ kita, datang bilik aku (Karim) ye nombor 801.”

Oleh

Hasal Bin Senin hasal@mais.gov.my Pembantu Eksekutif (Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS)

 

Hubungan songsang sesama jantina antara lelaki dengan lelaki disifatkan sebagai gejala sosial yang semakin membarah dan memberi kesan negatif kepada masyarakat hari ini. Pelakunya tidak mengenal siapa sama ada individu biasa, selebriti, pendakwah, guru, warden dan sebagainya. Penularan gejala songsang itu juga jelas memperlihatkan tanda bahawa dunia kini sudah semakin ke penghujung dan menjadi tanda-tanda kepada akhir zaman. Perkembangan teknologi komunikasi terutama internet yang menjadi saluran utama masa kini, memudahkan lagi golongan terbabit yang lazimnya dipanggil gay untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan tidak sihat itu. Malah, kemunculan media sosial dan adanya kelab gay yang menjadi landasan mereka untuk saling berhubungan dalam kelompok yang sama tanpa gangguan pihak lain.

Penulis ingin berkongsi pengalaman seorang wanita yang pernah berkahwin dengan seorang lelaki homoseksual. Di awal perkenalan mereka kelihatan normal sehinggalah apabila berkahwin barulah beliau mengetahui bahawa suaminya seorang homoseksual kerana setelah enam bulan berkahwin suaminya tidak pernah menyentuhnya apatah lagi tidur bersama. Apabila si isteri mengajak tidur bersama si suami sentiasa memberi alasan penat, ingin menyendiri dan adakalanya marahmarah tanpa sebab. Rahsia terbongkar setelah melihat sendiri telefon suaminya menghantar pesanan kepada rakan lelakinya dengan kata-kata menghairahkan dan pernah tidur bersama di hotel mewah. Akhirnya perceraian menjadi jalan terakhir setelah kebahagiaan yang dimpikan tidak kesampaian.

Daripada Abu Hurairah RA Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Empat jenis manusia dimurkai Allah pada waktu pagi dan dikutuk Allah pada waktu petang.” Aku bertanya; “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab; “Orang lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang melepaskan nafsu pada binatang dan orang yang datang kepada lelaki (homoseksual).'” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri atau ‘simptom’ gay;

Mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless);
Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang;
Lebih cenderung minat kepada lelaki;
Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan;

Tindakan segera dan perhatian yang serius perlu diberikan sekiranya menunjukkan “simptom” berkenaan agar pencegahan awal dapat dilakukan. Selain itu, disarankan agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengedarkan artikel, buku mahupun garis panduan untuk mengenali golongan ini supaya semua pihak dapat memainkan peranan bagi mengelakkan kegiatan yang semakin menunjukkan peningkatan.

Isu ini jelas menunjukkan kesan dan pengaruh yang sangat negatif terhadap masyarakat di negara kita. Ia mesti dicegah melalui pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Sekiranya golongan ini dibiarkan hanyut, apakah akan lahir golongan yang akan melakukan perubahan ke arah generasi cemerlang dan negara terbilang yang akan menaikkan martabat bangsa dan negara di tahap yang tertinggi. Maka setiap pihak haruslah berganding bahu untuk mencari inisiatif mengatasi gejala ini.

Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button