Info Sihat

KESAN AJARAN SESAT: GANGGUAN STRES PASCA TRAUMA

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita mengenai serbuan pihak polis di premis Global Ikhwan Services And Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang dikatakan mengeksploitasi agama dan kanak-kanak. Operasi yang dipanggil Operasi Op Global itu turut melibatkan rakan strategik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia.

Oleh

Encik Hafiz bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)
Ketua Pusat Penyelidikan, MAIS

Seramai 171 orang yang terdiri daripada tenaga pengajar, penjaganasrama dan pengerusi pusat pengajian telah ditahan. Individu ditahan terdiri daripada 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun. Manakala 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara 1 hingga 17 tahun diselamatkan dalam serbuan tersebut yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik kumpulan tersebut.

Mengikut kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengikut siasatan awal mangsa telah diajar dengan perkara yang di luar tabi’ bersama penghuni kanak-kanak yang lain. Selain itu, mangsa-mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaannya kritikal. Apa yang lebih menjijikkan ada petugas-petugas yang menyentuh tubuh badan mangsa yang sakit dengan alasan kononnya untuk mengamalkan perubatan bagi merawat pesakit. Mereka ini juga ada yang dicederakan dengan menggunakan objek panas atas alasan mereka degil dan tidak mendengar arahan.

Berdasarkan situasi tersebut, beberapa orang terutama kanak-kanak mungkin boleh menyerap kesan buruk yang menimpa mereka berdasarkan kekuatan mental dan peredaran masa. Sementara bagi yang lainnya, bagi peristiwa buruk yang sama boleh menimbulkan bekas yang begitu mendalam sehingga menyebabkan “post-traumatic stress disorder (PTSD)” atau gangguan tekanan pasca-trauma.

Gangguan ini boleh memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan seseorang, mempengaruhi kesejahteraan emosi, hubungan dan keseluruhan kualiti hidup mereka. Kesan lain, juga boleh mempengaruhi hubungan, pekerjaan, kesihatan dan pandangan hidup seseorang secara keseluruhan.

Apa itu PTSD

PTSD adalah satu gangguan mental yang dialami seseorang setelah mengalami atau menyaksikan peristiwa yang traumatis. Peristiwa yang secara umumnya merupakan peristiwa yang menyakitkan atau mengejutkan seperti kemalangan, bencana alam, kekerasan seksual, perang atau sebagainya. Siapa pun memiliki trauma sendiri namun berbezanya dengan orang-orang PTSD, ianya memikirkan kejadian traumatis tersebut sepanjang waktu sehingga mempengaruhi kehidupannya serta boleh menjurus kepada keinginan untuk membunuh diri.

Tanda dan Gejala Pesakit PTSD

Memahami simptom dan gejala adalah penting bagi individu yang hidup bersama golongan PTSD ini. Dengan penjagaan dan sokongan yang sewajarnya, ramai individu dengan PTSD dapat mengalami peningkatan yang signifikan dalam kualiti hidup dan kesihatan mental secara keseluruhannya. PTSD ini juga boleh memicu kepada gejala emosi dan fizikal seperti berikut:

Gejala Emosi

  • Ingatan masa lalu penyebab trauma muncul secara berpanjangan;
  • Pemikiran yang kerap mengulang peristiwa traumatis tersebut seolah ia kembali terjadi;
  • Pemikiran yang terlalu negatif terhadap diri sendiri atau orang lain;
  • Merasa tidak ada harapan untuk masa depan;
  • Tidak boleh menjaga hubungan baik dengan orang lain;
  • Merasa jauh dengan keluarga mahu pun kerabat dekat;
  • Kehilangan semangat untuk melakukan aktiviti yang biasanya disukai;
  • Tidak dapat menunjukkan energi positif;
  • Merasakan emosi yang bercampur-campur; dan
  • Sering mengalami mimpi buruk yang terasa nyata mengenai kejadian traumatis tertentu.

Gejala Fizikal

  • Mudah terkejut atau merasa takut;
  • Terlalu waspada terhadap berbagai hal yang dianggap merbahaya;
  • Kecenderungan menyakiti atau merosak diri sendiri;
  • Kerap mengalami gangguan tidur;
  • Kesulitan untuk berkonsentrasi;
  • Mudah marah atau lebih agresif memberi maklum balas dalam pelbagai hal; dan
  • Perasaan bersalah atau malu yang berlebihan.

Pengubatan PTSD

  • Terapi psychology
  • Penggunaan ubat-ubatan

Berdasarkan gejala dan kaedah pengubatan di atas, adalah sangat penting bagi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertindak secara proaktif bagi membendung dan merawat pesakit PTSD secara
terapi psychology supaya dapat berkurang dan sembuh. Di MAIS, terdapat dua pusat pemulihan iaitu Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman bertempat di Ulu Yam Bharu dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang bertempat di Sabak Bernam. Kedua-dua pusat ini bertanggungjawab untuk membimbing, memulih, merawat spiritual secara Islam dan memberi khidmat kaunseling kepada individu dan kumpulan yang memerlukan pemulihan akidah dan akhlak. Adalah diharapkan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS ini, dapat merawat jiwa selaras dengan maqasid syariah dalam mendaulatkan syiar Islam di Negeri Selangor. Walluhua’lam. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button