Kenali MAIS

KENALI KENALI MAIS

Majlis Agama Islam Negeri adalah merupakan sebuah institusi yang berautoriti dalam hal ehwal agama Islam di sesebuah negeri. Di negeri Selangor, badan yang berautoriti dalam hal ehwal agama Islam Selangor ialah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tafsiran MAIS di bawah seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 ialah MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate).

Apa pula fungsi MAIS? Menelusuri sejarah pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah menasihati DYMM Sultan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952). Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

‘Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.’

Oleh itu, berdasarkan peruntukan perundangan, MAIS ditubuhkan dalam menasihati DYMM Sultan Selangor semua perkara berhubungan dengan agama Islam di negeri Selangor. Selain itu, MAIS juga mempunyai 21 orang Anggota MAIS yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di negeri Selangor. Tambahan, dalam memperkasakan visi dan misi MAIS, MAIS menjalankan beberapa perkhidmatan demi kemudahan dan kemaslahatan ummah khusus di negeri Selangor. Perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS adalah seperti berikut:

Dalam menjalankan fungsi MAIS bagi memperkasakan sosial ekonomi ummah di negeri Selangor, MAIS telah menubuhkan beberapa agensi dan anak Syarikat MAIS seperti yang termaktub di bawah seksyen 8 dan 9, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003. Agensi dan Anak Syarikat MAIS adalah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button