JOM BERBAHASA ARAB MUDAH! (Siri 3/2024)
Assalamua’laikum wrt. Apa khabar semua? Kaifahalukum Jamian? Pada sesi Bahasa Arab Mudah Siri 3 / 2024 kali ini, kita akan sama-sama mempelajari beberapa kalimah hikmah dalam Bahasa Arab. Ia boleh kita gunakan sehari-hari sebagai basahan dengan di selang-selikan bersama-sama Bahasa Melayu. Misalnya, apabila kita memberikan nasihat kepada anak anak, teman-teman, murid-murid mahu pun sesiapa sahaja, maka kita boleh menyelitkan kata-kata hikmah yang amat bermakna ini. Jom, sama-sama kita gunakan ya!
Kata hikmah pertama:
Contoh situasi: “Wahai anakku, abah gembira melihat kamu rajin belajar siang dan malam. Namun begitu ingatlah, ilmu itu hendaklah diamalkan dalam kehidupan. Tiada gunanya ilmu hanya disimpan kerana ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Bak kata pepatah Arab, ‘al-ilmu-bi-la-amalin-kas-sya-jari-bi-la-samarin’ yang ertinya: Ilmu tanpa amalan, bagaikan pohon yang tidak berbuah.”
Kata hikmah kedua:
Contoh situasi: “Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah hidup dengan Bersatu hati dan menjauhkan segala sifat hasad dengki. Jika Berjaya, maka kita sama-sama Berjaya. Elakkan sifat suka menjatuhkan orang lain. Pokok-pangkal kejayaan dalam apa sahaja bidang kehidupan ialah bekerjasama dan Bersatu hati. Bak nukilan kata pujangga Arab, ‘al-Itti-haadu-asaasun-na-jaahi’ yang ertinya: Bersatu adalah pangkal kejayaan. ”
Kata hikmah ketiga:
Contoh situasi: “Kita hidup mesti membawa manfaat bukan mudarat kepada orang lain. Kelak, hidup kita akan menjadi lebih baik. Bak kata pepatah Arab: ‘Man-kasura-ihsaanuhu-kasura-ikhwaanuhu,’ yang ertinya: Barang siapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah temannya. ”
Baiklah, semoga apa yang kita pelajari ini dapat memberikan kebaikan kepada kita, amin. Edisi