JOM BERBAHASA ARAB MUDAH! (Siri 1/2025)

Assalamua’laikum wrt. Apa khabar semua? Kaifahalukum Jamian? Pada sesi Bahasa Arab Mudah Siri 1 / Tahun 2025 kali ini, kita akan sama-sama mempelajari beberapa kalimah dalam Bahasa Arab yang digunakan dalam sebuah hadis yang popular, iaitu hadis mengenai niat. Mudah-mudahan, kita dapat memahami hadis berkenaan dan mengamalkannya sehari-hari dalam kehidupan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan (atau perbuatan) itu tergantung kepada niat, dan sesungguhnya seseorang itu akan mendapat seperti apa yang dia niatkan.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Keterangan ringkas: Hadis ini mengisahkan seorang lelaki yang melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah kerana ingin menikahi seorang wanita, dan bukannya kerana Allah SWT. Maka, dia mendapat keinginannya untuk menikahi wanita berkenaan; dan tidak mendapat pahala atas hijrah yang dia lakukan. Maka, utamakan Allah SWT; bukannya makhluk dalam setiap amalan kita.
Berikut adalah pecahan perkataan daripada hadis di atas:
Kita boleh mengamalkan hadis di atas sehari-hari, dengan cuba memahami makna atau erti bagi setiap perkataan yang membentuk ayat. Mudah-mudahan, lambat laun kita akan terbiasa dengannya dan dapat mengetahui makna atau erti bagi ayat-ayat yang lain di dalam Bahasa Arab dengan lebih mudah. Sehingga berjumpa lagi di lain siaran, ilalliqa atau jumpa lagi! Wallahua’lam. Edisi