Celik Jawi

JOM BERBAHASA ARAB MUDAH!

Assalamua’laikum wrt. Apa khabar semua? Kaifahalukum Jamian? Pada sesi Bahasa Arab Mudah Siri 2 / 2024 kali ini, kita akan sama-sama mempelajari beberapa kalimah hikmah dalam Bahasa Arab. Ia boleh kita gunakan sehari-hari sebagai basahan dengan di selang-selikan bersama-sama Bahasa Melayu.

Misalnya, apabila kita memberikan nasihat kepada anakanak, teman-teman, murid-murid mahu pun sesiapa sahaja, maka kita boleh menyelitkan kata-kata hikmah yang amat bermakna ini. Jom, sama-sama kita gunakan ya!

Kata hikmah pertama:

Contoh situasi: “Wahai anakku, ayah tahu kamu suka membaca, bagus sangat. Namun, pergilah bersenam kerana ia juga bagus untuk badan. Ingat pepatah Arab, ‘al-‘aqlu as-salim fi al-jismi as-salim’ yang ertinya, ‘akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat’. ”

Kata hikmah kedua:

Contoh situasi: “Untuk menjadi seorang yang berjaya tidak akan berhasil jika bermalas-malasan sahaja. Harus ada kerajinan dan ketekunan. Rajin membaca, mengulangkaji dan bertanya. Ia samalah petani yang rajin membaja, menyiram air dan menjaga tanamannya. Kata pepatah Arab, ‘Man yaz ra’u yah sud, yang bermakna, ‘sesiapa yang menanam maka dialah yang memetik hasilnya’. ”

Kata hikmah ketiga:

Contoh situasi: “Membaca itu jambatan ilmu dan tidak rugi orangorang yang bersahabat dengan buku. Ini kerana, buku itu adalah teman sejati yang tidak meninggalkan kita. Malah buku memberikan ilmu dan pengalaman berguna kepada kita. Bak kata pepatah Arab, ‘khair jalis fi al-zaman kitab’, yang bermakna ‘sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku’. ”

Baiklah, semoga apa yang kita pelajari ini dapat memberikan kebaikan kepada kita, amin. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button