Jom Berbahasa Arab Mudah!
Assalamua’laikum wrt. Apa khabar semua? Kaifahalukum Jamian? Pada sesi Bahasa Arab Mudah Siri 1 / 2024 kali ini, kita akan sama-sama mempelajari beberapa kalimah hikmah dalam Bahasa Arab. Ia boleh kita gunakan sehari-hari sebagai basahan dengan di selang-selikan bersama-sama Bahasa Melayu. Misalnya, apabila kita memberikan nasihat kepada anak-anak, teman-teman, murid-murid mahu pun sesiapa sahaja, maka kita boleh menyelitkan kata-kata hikmah yang amat bermakna ini. Jom, sama-sama kita gunakan ya!
Kata hikmah pertama:
Contoh situasi: “Wahai anakku, ayah tahu peperiksaan ini sangat berat. Namun ingatlah, kejayaan pasti akan datang kepada orangorang yang bersungguh-sungguh. ‘Man-jadda-wa-jada’, sesiapa yang bersungguh-sungguh, dapatlah dia hasilnya, insya-Allah.”
Kata hikmah kedua:
Contoh situasi: “Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, memang banyak ujian dan rintangannya. Namun itu semua menjadi ramuan yang akan menmatangkan kita dalam kehidupan. Kelak, ketika kita sudah berjaya, kita tidak mudah lupa diri. Selain itu, sifat sabar sangat dituntut, bak kata pepatah Arab, ‘Man-sobara-zafra’ yang ertinya, sesiapa yang sabar maka dia akan beruntung. Maka, jadilah orang yang sabar dalam perniagaan.”
Kata hikmah ketiga:
Contoh situasi: Cikgu mahu kamu semua menjaga masa dengan baik. Manfaatkan setiap kesempatan untuk berbuat kebaikan. Rajin baca buku. Rajin bantu ibu ayah. Rajin ibadah. Baca al-Quran dan persiapkan diri untuk masa hadapan. Ingat, orang yang terlepas satu saat sekali pun, ia tidak akan dapat diulang lagi. Seperti mana kata pepatah Arab, ‘al-waqtu-athmanu-minal-zahab’, yang maknanya, waktu itu lebih mahal daripada emas.
Baiklah, semoga apa yang kita pelajari ini dapat memberikan kebaikan kepada kita, amin. Edisi