Fokus
Trending

Retorik Hijrah

Tong Kosong!

Demikianlah. Saban tahun di awal sambutan hijrah, umat Islam selalu digendangkan dengan irama ini. Terlalu bersemangat di awalnya. Namun di penghujung cerita, ‘pi mai-pi mai tang tu juga’. Ada yang kekal di takuk lama. Kekal dengan status quo. Tiada perubahan.

Walhal, hijrah adalah satu takah amat penting. Satu anjakan mat mulia dalam Islam. Ia menandakan perubahan besar. Menandakan satu aras perjuangan yang lebih tinggi. Di sanalah ermulanya objektif paling agung sedang direncanakan. Lalu segenap usaha, seluruh tenaga, minda dan fizikal diperah. Dijana ke arahnya. Nabi dan para sahabat membuktinya lewat kejayaan demi kejayaan yang dirintis.

Lalu, mari kita bandingkan hari ini. Umumnya, kita biasa endengar irama ‘gendang tong kosong’ ini yang akan berdegardegar di awal tahun baru hijrah. Azam baharu. Lalu, dengan slogan atau tanpa slogan, mengajak untuk lakukan itu dan ini.

Namun bagaimana pengisiannya? Apa akhirnya? Adakah ia ekadar penyedap halwa telinga?

Justeru umat Islam perlu sedar bahawa tanpa ‘kesungguhan’ ijrah, kita tidak akan ke mana-mana. Hijrah bukan sekadar membangga-banggakan apa yang telah lalu. Benar, bernostalgia itu indah. Sama persisnya kala ghairah memasang wacana yang penuh retorik. Gegak gempita begitu dan begini. Namun ia tidak akan membawa apa-apa kesan.

Jika ada pun kesannya, ya kita akan terus kagum dengan ehebatan umat masa lampau. Bangga menyatakan pemimpin erbaik dunia adalah nabi kita. Bangga juga dengan kisah 2/3 dunia pernah diwarnai Islam. Bangga lagi dengan pencapaian luar biasa para saintis dan sarjana Islam era silam.

Bangga dengan kehebatan mereka itu bagus. Jika kena dengan caranya, ia mampu merenjat hati umat Islam hari ini untuk segera bercermin diri. Jika umat Islam dahulu mampu mewarnakan muka bumi, mencorakkan peradaban dunia, kenapa tidak kita pada hari ini? Namun bangga tanpa berbuat apa-apa, itulah retorik dan tong kosong namanya.

Jujurnya, kita memang patut bercermin dengan jujur, lalu mencari di mana silapnya umat? Apakah kita ini kurang ilmu atau kurang semangat? Apakah kita jadi begini, kerana banyaknya berhibur dan leka dengan nikmat? Adakah kealpaan yang menghanyutkan itu, sudah menjadi penyakit di minda?

Meninjau kepada dunia, kita akan dapati betapa majoriti umat Islam hari ini adalah pengguna kepada pelbagai cetusan idea orang lain. Baik dalam bidang sains, perubatan, teknologi, kejuruteraan malah dalam bidang media sosial sekali pun.

Apakah ini yang diajarkan dalam falsafah hijrah?

Maka, EDISI berusaha memaparkan apakah kesungguhan hijrah di sisi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan seluruh agensi di bawahnya. Seiring dengan perubahan dunia pasca pandemik COVID-19, maka warna hijrah ini perlu dizahirkan. Ibarat bianglala (pelangi) tujuh warna yang terpancar indah selepas hujan teduh, mentari yang zahir menjadikan dunia lebih merona.
Biasan itu memotivasikan, bukan mengalpakan.

MAIS dan seluruh jajaran agensi di bawahnya juga sedar, hijrah bukan sekadar retorik alias paluan gendang kosong penyedap bicara. Hijrah adalah manifestasi kesungguhan niat, keazaman tekad dan kesepaduan jihad. Ia adalah sinergi yang akan memacu usaha ke arah peningkatan. Ia dibuktikan dengan kesungguhan yang konsisten. Bukan hanya sekadar, hangat-hangat tahi ayam.

Firman Allah SWT: “Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali Imran: 159

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button