Info Sihat

‘Digital Drug’ Ketagihan Yang Membimbangkan

Amir dah pukul 12.00 malam ni, kenapa masih tidak tidur lagi? Asyik mengadap telefon sahaja. Esok nak ke sekolah, mulalah malas, letih dan mengantuk,” rungut si ibu apabila anaknya leka dengan telefon pintar melayari media sosial kegemaran.

Situasi ketagih dan leka melayari media sosial amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila sikap ini menyebabkan seseorang itu telalu obses sehingga membuang masa melihat pempengaruh, permainan internet, video dan sebagainya.

Lebih menggusarkan keadaan ini juga boleh mendorong kepada perbuatan jenayah seperti jenayah seksual terhadap kanak-kanak, rogol, kerosakan akidah, penipuan cinta siber, penipuan dalam talian, gangguan siber, kecurian identiti, buli siber sehingga mengakibatkan kerugian serta kemudaratan.

Bukan sekadar ketagih sebagai pengguna, malahan ketagih pula ingin menjadi pempengaruh mencari view dan tanda suka yang tinggi untuk mencari perhatian. Ada juga yang sanggup mencipta pelbagai kandungan tanpa mengira adap dan etika, semata-mata ingin mencari view yang tinggi.

Hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2018 menunjukkan golongan belia telah terjebak dengan permasalahan era digital yang dikenali sebagai ‘digital drug’. Kajian itu juga mendapati bahawa purata penggunaan internet rakyat Malaysia adalah selama enam jam sehari di mana 93.1 peratus pengguna mengakses melalui telefon pintar.

Amalan yang tidak sihat ini pastinya membimbangkan semua pihak dan mendedahkan rakyat negara ini dengan pelbagai jenayah siber. (Sumber Astro Awani, Nov 2019).

Antara punca penyalahgunaan media sosial adalah ianya dianggap pusat sosial yang interaktif, sebagai tempat hiburan secara percuma, tidak mendapat perhatian keluarga, pengaruh rakan sebaya dan tekanan realiti kehidupan.

Selain itu, obses terhadap media sosial ini juga memberi kesan negatif terhadap fzikal dan psikologi.

HUKUM IBADAH LGBT

KESAN NEGATIF – FIZIKAL
Penglihatan:
• Merosot dan rabu

Postur Badan:
• Posisi badan mereka yang leka bermain telefon pintar boleh memberi tekanan kepada tulang belakang. Antara gejalanya kecederaan saraf, otot cedera, sakit belakang dan sebagainya. Penggunaan jari dan keadaan tangan yang menyebabkan otot pada pergelangan tangan merasa sakit. Pergerakan yang tidak natural jika dilakukan berulang-ulang boleh menyebabkan tekanan pada pergelangan tangan.

Berat Badan:
• Penggunaan telefon pintar yang berlebihan boleh menyebabkan kekurangan berat atau obesiti. Ada pengguna yang terlalu leka hingga lupa makan dan minum. Ada juga pengguna yang mengamalkan makan sambil lewa menggunakan telefon dan akhirnya tanpa sedar telah makan melebihi kalori sepatunya. Maka berlakulah obesiti.

KESAN NEGATIF - PSIKOLOGI

EMOSI: Suka marah, membantah, merengek & agresif
SOSIAL: Gemar bersosial secara alam maya berbanding bersosial secara fzikal
DEMENTIA DIGITAL: Ingatan yang lemah & sukar fokus
KESIHATAN MENTAL: Stress, anxiety, depression & cedera diri & bunuh diri

Walau bagaimanapun, rawatlah sebelum terlambat. Pelbagai agensi boleh membantu bagi proses pemulihan lebih lagi jika ia semakin parah sehingga melibatkan jenayah dan masalah sosial.

PROGRAM & RAWATAN & PEMULIHAN

1. PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN
• Webinar, Kempen Seminar
• Poster & Info Grafk Kesedaran
• Ceramah (Komuniti & Sekolah)

2. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA: di kilinik kesihatan dan hospital menyediakan rawatan berkaitan Psikiatri, Psiko logis dan Kaunselor

3. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT: Perkhidmatan Sesi Kaunseling

4. MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR juga membantu
proses pemulihan melalui:
• Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang berperanan menguruskan perkhidmatan perlindungan, pemulihan, dan kaunseling kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah,
• Pusat pemurnian akidah Baitul Iman menyediakan perkhidmatan bimbingan & kaunseling kepada individu serta kumpulan islam yang memerlukan pemulihan akidah.

Kesimpulannya, melayari media sosial tidak salah, namun perlu dilengkapi dengan adap dan etikanya. Elakkan bertuankan media sosial sehingga mengawal kehidupan dan akal fkiran. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Bersamalah berganding bahu agar penggunaan media sosial ini sentiasa berada di landasan yang benar dan tidak terjebak dengan gejala sosial dan jenayah siber yang memberi kesan tidak baik terhadap kesejahteraan kehidupan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button