Isu
MERAWAT MERAWAT TOKSIK TOKSIK UMAT?

Toksik dalam kehidupan sosial boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya:
- Toksik dalam bersosial: kerosakan akhlak dan pergaulan bebas
- Toksik dalam berekonomi: penipuan dalam perniagaan dan pemerasan kekayaan
- Toksik dalam beragama: ajaran sesat dan eksploitasi ketaksuban
- Toksik dalam berpolitik: kebencian, perbalahan dan perpecahan
Islam datang asalnya adalah untuk mencegah kerosakan. Namun dek kerana keengganan umat Islam untuk taat kepada syariat, maka mereka terjebak toksik dalam pelbagai aspek kehidupan seperti di atas. Bagaimanakah kita dapat merawat toksik ini? Mari kita sama sama lakukannya.
- Matlamat: Mewujudkan umat Islam yang bebas toksik
- Realiti: Umat Islam berada dalam kepelbagaian toksik
Peluang:
- Peranan lebih aktif pemegang taruh
- Membuka ruang dan peluang untuk umat berpartisipasi
- Langkah kawalan kepada elemen toksik
- Langkah menyuburkan budaya non-toksik
Tindakan:
- Pihak pemegang taruh seperti MAIS boleh menyediakan objektif dan garis panduan yang jelas. Objektif itu pula boleh diukur dan ada tempohnya. Misalnya, menjelang tahun 2030 Selangor dapat meningkatkan pengamalan Islam sehingga 10 peratus dalam pelbagai sektor. Apabila ia dibawa ke agensi di bawah MAIS, misalnya Lembaga Zakat Selangor (LZS), maka ia diterjemahkan kepada peningkatan jumlah muzakki sehingga 10 peratus; kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula misalnya, dapat mengurangkan kadar perceraian sehingga 10 peratus; dan penyertaan 10 peratus dalam wakaf di Perbadanan Wakaf Selangor.
- Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi), semua lapisan umat termasuklah ibu bapa perlu terlibat aktif. Perbanyakan program penghayatan agama dalam kehidupan di lapangan, seperti gotong-royong, pengajian komuniti atau halaqah kecil dan sebagainya.
- Pihak pemerintah menyediakan garis panduan khusus kawalan toksik daripada berulang dan merosakkan ekosistem yang semakin membaik. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor boleh merangka fatwa khusus mengenai permainan gajet yang melampau dan wartakan. JAIS pula perlu menguatkuasakan segala fatwa yang sudah diwartakan, misalnya pengawalan budaya merokok yang selama ini kurang diberikan perhatian.
- Semua pihak perlu bergandingan hati dan bahu menyuburkan budaya baharu yang bebas toksik, seperti mana yang diamalkan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Kala itulah akan lahirnya sebuah umat yang terbaik. Wallahua’lam. Edisi


