ISLAM ialah agama yang sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menenangkan hati dan merehatkan minda. Asas hiburan yang diadakan tidak melampaui batasan syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah Allah.
Gelombang Revolusi Industri 4.0 menyajikan hiburan yang sangat banyak. Agenda hiburan hari ini bukan lagi bersifat fizikal seperti dulu. Lambakan hiburan boleh dicapai hanya melalui hujung jari sahaja yang menyebabkan berlakunya perubahan gaya hidup seharian generasi kini.
Penggunaan gajet seperti telefon pintar, laptop dan komputer sebagai alat yang menyalurkan hiburan berterusan sepanjang waktu dan aplikasi media sosial seperti Facebook, WeChat, Telegram, Instagram, WhatApps dan Tik Tok sangat laris di pasaran.
Akibatnya terdapat beberapa cabaran penggunaan media sosial dalam menikmati hiburan sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang melampaui batas dan norma kehidupan biasa.
Beberapa insiden yang telah menyaksikan hiburan yang dilakukan telah mencemarkan nama baik diri, keluarga dan agama. Ianya berpunca akibat terlalu asyik dan ghairah dengan aplikasi hiburan sehingga melanggar batasan-batasan berikut:
- Batasan Syarak: Melaksanakan aktiviti atau kandungan tanpa melihat asas dan hukum agama. Ikut suka hati dan asalkan mencapai view dan follower yang ramai meskipun hiburan jelas bertentangan dengan syariat.
- Batasan Aurat: Terdedah dan didedahkan. Tidak menepati matlamat menutup aurat hanya sekadar fesyen sahaja.
Aurat terdedah dengan aksi yang merosakkan nilai diri dan tingkah laku yang tidak beradab. - Batasan Pergaulan: Lelaki dan perempuan sudah melepasi batasan gender. Aksi pergaulan bebas, bertepuk tampar, berpegangan tangan sehingga menyaksikan adegan-adegan yang melanggar syarak dan nilai budaya.
- Batasan Masa: Pembaziran masa terlalu banyak dihabiskan. Kealpaan dengan hiburan sehingga
menyebabkan kesan negatif dalam rutin harian dan mengabaikan tanggungjawab - Batasan Akhlak dan Maruah: Segalanya boleh berlaku dan akan dilakukan hanya kerana untuk mencapai keseronokan. Semacam tiada maruah diri bila beraksi di aplikasi sosial sehingga merosakkan harga diri dan keluarga.
Dalam menghadapi gelombang cabaran aplikasi hiburan di media sosial beberapa saranan dikemukakan bagi menangani isu ini antaranya:
- Penghayatan Agama.
Ia adalah nasihat dan panduan untuk kehidupan manusia.Membentuk individu Muslim untuk sentiasa berintegriti.
Dapat membezakan perbuatan yang baik dan buruk. Nilaian akal menunjukkan tingginya martabat manusia agar tindakan yang dilakukan berbeza dengan makhluk lain yang tidak berakal. - Tingkatkan Keimanan.
Bugarkan sifat malu yang merupakan sebahagian daripada cabang Iman.
1. Malu kepada Allah iaitu dengan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah dan dilarang.
2. Malu kepada Manusia iaitu menahan diri daripada mengganggu dan menyakiti orang lain.
3. Malu kepada Diri sendiri iaitu sentiasa menjaga kehormatan diri dan menjaga diri daripada sifat-sifat
tercela. - Pemantauan Ibu Bapa.
Ambil tahu dan prihatin dengan perkembangan anak-anak.
Keutamaan menjaga nama baik keluarga adalah perkara yang perlu disematkan. Tingkatkan komunikasi berkesan dan sedia menerima teguran. - Usaha Dakwah Berterusan.
Peringatan melalui siri-siri kuliah, ceramah, tazkirah yang disampaikan oleh Para Pendakwah. Begitu juga penyampaian dalam MEDSOS merupakan medium yang sangat baik untuk mengingatkan Do and Don’t. Sesungguhnya peringatan adalah sangat penting dalam kehidupan Muslim. - Cakna komuniti.
Sikap dan tanggungjawab komuniti yang peka dan sensitif. Perkara yang berkaitan akhlak dan budaya wajar diberikan perhatian agar ia menjadi nilai kehidupan bermasyarakat. Sifat tegur menegur dan saling menasihati mesti diperkasakan bagi menjamin keharmonian komuniti. Jauhkan sifat mementingkan diri sendiri dan tertutup
Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian sewajarnya nilai diri sentiasa dipelihara, lebih peka dan waspada dalam setiap tindakan khususnya ketika berhibur. Berhibur jangan sampai lebur. Ingatlah pesanan Nabi SAW yang bermaksud: “Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu” – [Riwayat al-Bukhari]. Edisi